gambar sekadar hiasan
Kawin muda atau tua bukan persoalannya, yang penting PERSIAPAN DIRI.
Duit bukan ukuran, takde duit bukan alasan sebab bole keje, ilmu takde bukan alasan asal diri sentiasa mahu berubah dan bersedia. Apa yang aku boleh simpulkan dalam perkahwinan ni adalah PERSIAPAN DIRI. Kalau nak tunggu kaya baru nak kahwin pun tak bole. Yer la kalau keje biasa2 bile nk kaya nye. Cuma bg aku bile kita dah bersedia untuk berkahwin maknanya kite kena lah PERSIAPkan DIRI untuk apa-apa kemungkinan. Mungkin kita akan kehilangan kerja sebab nk ikut suami/isteri, mungkin duit akan berkurang sebab kos idup dah bertambah, mungkin akan terjadinya pergaduhan sbb proses nak memahami, ITU ADALAH NORMAL. Disitu lah pentingnyaPERSIAPAN DIRI yang aku maksudkan tadi.
Kesimpulannya, adik aku skrg sedang mengalami sedikit masalah dalam rumah tangga dia. So aku harap masalah ni dapat diselesaikan dengan cara yang bijak. Aku tak nak cite apa masalahnya. Kahwin pun baru berusia setahun, byk lg yg perlu diaorg belajar. Org kata 5 thn pertama ni akan timbul berbagai2 masalah proses kenal la katakan. Kenal masa bercinta lain kenal pas kawin dah lain. So kena pandai2 sesuaikan diri.
Sekarang aku nak kaitkan dengan tajuk ALHAMDULILLAH. Aku bersyukur bukan sebab adik aku ada masalah tapi cerita ini bila dikaitkan dengan aku baru aku faham, kenapa selama ni Allah rahsiakan jodoh aku, Allah lambatkan jodoh aku. Pastinya kerana PERSIAPAN DIRI aku. Aku je rase aku bersedia utk kahwin tapi Allah lebih mengetahui.
Sepanjang perkenalan aku dgn BF aku, kami byk berselisih faham. Aku cuba paham kau, kau cuba paham aku. Aku jenis yg degil, kuat melawan, cakap kasar dan susah nk paham cara keja dia. Sebab tu lah kami selalu bergaduh mcm anjing dgn kucing. Allah tundakan perkahwinan kami mungkin nak aku dan dia belajar menghormati satu sama lain, belajar hormat kata suami, belajar cakap lembut dan sopan, belajar paham cara keje dia, belajar masak tapi yg paling penting belajar SABAR . Rupanya PERSIAPAN DIRI aku belum dipersiapkan sepenuhnya sebelum ni.
gambar sekadar hiasan
ALHAMDULILLAH tapi masih dalam perancangan, excited sgt ni tiba-tiba xjdi lak huhu. Apa pun harapnya kali ni menjadi. Walau diri bukan dalam persiapan 100% tapi asalkan hati sentiasa mahu berubah insyaAllah Allah permudahkan.
Apa yang aku perasaan, bila kita berubah dan kembali pd Allah SWT, insyaAllah semuanya akan baik. Janji Allah betul2 pasti :(. Aku rasa bersyukur yang teramat sangat. Bukan hati je tenang tapi Allah kembalikan dia untuk aku. Aku nk pesan kat korang, andai korang terpisah ke apa cuba korang rilek dan mintak doa pd Allah SWT. Hati dia milik Allah, doa pd Allah kalau dia adalah jodoh kita kembalikan dia, kalau ada yang lebih baik utk kita, kita redha. Ya Allah tuhan je tahu hati ini. Aku dan dia sebelum ni dah hampir terputus di tgh jln ( pjg cite malas nk cite semua.) Aku dan buntu takde jalan. Tipu la kan kalau kata mudah untuk kita cari pengganti. Kalau korang rajin nak baca tajuk lain silakan. Ada bab2 yang sedih tu time tu kami byk bergaduh. Macam dah takde harapan. Hanya 1 je kembali pd Allah, insyaAllah pasti ada jalan. Kadang-kadang kita tak tahu kenapa Allah jarakkan dia dan aku. Mungkin mahu masing2 berubah atau nak elakkan maksiat (cuba pikir positif).
Alhamdulillah...
Dia dan aku pun dah semakin ok. Bila aku kaji balik apa masalah dan salah aku. RUPANYA AKU SUKA LAWAN CKP DIA . Perubahan mmg perlukn masa, berubah bukan utk jdi org lain tapi berubah utk jadi lebih baik. Berubah jdi org lain itu pura-pura. Maksud aku ni, kalau seblm ni tak solat, kena la solat, kalau seblm ni xreti nk hormat org, kena la belajar hormatkan org, kalau seblm ni xbertudung, kena la bertudung. Berubah kearah kebaikan xsalah rasenya.
gambar sekadar hiasan
(Dasat betoi gmbr tu mungkin aku mcm tu la kot huahahaha serammmm)
gambar sekadar hiasan
Kesimpulannya untuk cerpen hari ni, aku cuma nak bersyukur je la mungkin apa yang berlaku ni Allah nak aku berubah sebelum aku jdi isteri. Sekurang2nya pergaduhan atau penceraian boleh dielakkan klu aku cpt tersedar dr perangai buruk aku ni. Semua yg buruk setakat ni BF aku dah tahu hahahah so insyaAllah dia pun agaknya dah bole paham aku mcm mana. Binatang yg aku
Panjangnye...dah la TAMAT dulu...
Kronologi perkahwinanku akan aku ceritakan di bab seterusnya....
Yang baik dari Allah SWT dan buruk itu dr aku...
No comments:
Post a Comment