Mar 22, 2014

Percubaan 30 hari EPHYRA





Alhamdulillah yeahhhhh nak cantik , akhirnya TERbeli jugak Ephyra ni hehe...
dah lama mencari supplement, nak cantik katanya hehe..akhirnya aku kalah kepada Ephyra. Harap-harap misi mencantikkan kulit menjadi..aku ni jenis susah giler nk percaya produk kesihatan. Dah la mahal pastu ntah OK ntah TIDAK. Selama 2/3 hari aku gigih menggoogle so aku buat conclusion produk ni bagus. Kebanyakkan feedback memuaskan. Pendek kata Alhamdulillah ( tapi keberkesanan bergantung kepada individu lah , badan kita kan tak sama ada orang jenis xde masalah mungkin kesannya agak cepat, kalau jenis badan yang banyak asid tu jenuh la.

Nak makan benda supplement ni disiplin kena tinggi. Buat betul2, kalau kejap makan kejap tak susahla nk nampak kesan. Yor Dok??? First time ambik ni, kena minum 2 sachet sehari untuk keberkesanan yang cepat sikit. Bila dah nampak kesan tu selang seli pun tak pe ( sebab mahal so berjimat :) )Aku ni nak kata ade masalah yang ketara xde la sangat , masih bersyukur ( walau jerawat bertempek) hahaha. Setakat ni aku bertahan utk beli ITU dan INI , takut salah pilih produk . Takuk weiiii, dari jerawat kecil-kecil tiba-tiba kang jadi dewasa mintak jauh lah. Sekarang ni aku masih percaya produk cosway untuk tempek-tempek kat muka. Alhmdullah OK. Sebelum ni kulit aku teruk,kering, jerawat kecik-kecik, berminyak, pastu merah-merah, kalau berjalan kat tengah panas muka dah macam udang kena rebus merah giler aiiiii benci nengok. So aku tempek krim bagi cantik sikit. Tapi kalau jaga kat luar je xelok juga. Dalaman mesti bersih baru lah kat luar nampak keceriaannya huu. 

Haaa so sekarang ni kena ambik collagen lah untuk dalaman, umor pon dah bertingket-tingket. Kedut dan banyak, kulit kusam dan tak sekata :( Lagi 1 aku pn plan nak kurangkan pakai kosmetik krim-krim. Salah satunya melambatkan pegi keje gara-gara nak krimkan muka, lain2 sebab kalau bole nak natural beauty ,xmau la cantik sebab make up kan? So bila di survey akhirnya aku jatuh dengan Ephyra. 

Kulit akak dealer yang hantar ephyra ni Ya Allah!!! cantik gilerr , putih bersih weiii. Bukan putih krim OKEYYYY putih asli gituuu. Bersih je muka dia..Haaaaa lagi la menambahkan semangat aku nak mencantikkan diri. Aku memang xkenal akak ni , mungkin kulit dia dah sememangnya cantik kita pun tak tahu. Muka dia langsung tak make up . Jadi aku cuba yakinkan diri insyaAllah adalah tu keberkesanan. Dan harap-harap BF terus masuk meminang bila tgk muka dah licin HAHAHAH...

Mesti weiii muka kena bersih walau ada pepatah "muka xcantik xpe asal hati baik" ,arghhhh peribahasa tu xle pakai. Kalau muka dah kusam sape nk tgk. Akhirnya disebabkan " kecantikan itu hak milik setiap insan" aku gagahkan hati untuk dapatkan Ephyra. Aku xde la berharap muka putih gebu, yang mcm dorang selalu cakap tu ( tipu je kan, meluat aku ) , dapat hilangkan jerawat dan parut pn dan OK . Atleast nampak bersih kan. Bila bangun tido suami pn geram auwwww :P.

Ok berbalik kepada tajuk :p Esok akan bermulakan misi aku. So cabaran aku ni selama 30 hari. Kalau ada kesan , aku akan continue untuk beberapa bulan sehingga aku puas hati. Bila dah OK baru la jimat cermat. Lebih baik bazirkan duit untuk sesuai yang berharga demi kesihatan dan kecantikan dari membazir tak tentu hala hahaha. ( tapi mesti hati-hati juga pilih produk , survey hingga rasa MUKTAMAD )

Panjangnya entry aku tapi xde pn bercerita details kelebihan Ephyra . Sebenarnya aku tak mau promote lebih-lebih. Pertamanya aku xminum lagi , Keduanya korang taip je kat google tu "keberkesanan Ephyra, panjang lebar pengguna explain , dah banyak sangat respon Ephyra dalam website, fb , blog dll. So aku penat nak taip korang google je k . Kebaikan,sejauhmana keberkesanan dan paling penting asal usul produk, pengasas nye sape, DAN HALAL ke tak? dapat sijil KKM ke tak? bahan2 yang digunakan ambik kat mana? dan sejauhmana keyakinan korang terhadap produk ni.Huuu ok lah aku xnk kedekut ilmu, kat bawah ni aku paste kan link yang berkaitan so boleh dirujuk .Kalau berkesan aku cepat-cepat update ye nanti. TAPI TUNGGUU!!!!! selepas 30 hari baru bole bezakan ( dah siap-siap snap gambar SEBELUM hahahah) .

TAPI kan kawan-kawan yang paling penting produk kecantikan ini tidak mempergunakan orang untuk buat MLM. Kawan aku terkena 1 produk kecantikan ( xnk bagitahu nanti jadi kutuk pulak) katanya bagus pastu suruh cari orang pulak . Harga boleh tahan mahal , kawan aku minum xde kesan pn, agak kesian kat dia , nasib baik aku xterjerumus. Tapi xnk yakin sangat dengan Ephyra ni sebab aku xcuba lagi . BARU je nak cuba. kalau tak berkesan boleh dimaafkan lagi JANGAN kulit makin teruk dah lerr. Nauzubillah...

Tapi bagi aku apa-apa namanya supplement ni sumanya OK. Mungkn juga kawan aku tu makan xkonsisten ( yang aku tahu kena minum sekurang2nya 8 gelas air sehari sebab nk kasi kuar toksin. Kalau x badan akan panas jerawat makin teruk. Biasanya masalah kulit berpunca dari badan yg banyak toksin. Kalau xmau bazirkan duit beli produk mahal xpe, minum air 8 gelas sehari pn dah cukup supaya badan bersih. Betul dok ??? tapi aku nk perubahan yang cepat sikit SO aku cuba la produk ni hehe.Conclusion nya tunggu lah selepas 30 hari :) 


WAHAI WANITA JAGA LAH KECANTIKAN DAN KEPERIBADIAN ANDA INSYAALLAH SUAMI SAYANG SUAMI SUKA ;)

Mar 16, 2014

Muhasabah DIRI

Sebelum aku gi lebih jauh ambik masa 2 minit berdoa untuk MH370, semoga Allah SWT permudahkan segala urusan mereka. Aku tak mahu cakap lebih hal ini, kita serahkan kepada meraka yang pakar. Nak bercerita lebih pun bukan kepakaran aku, nak share perkara-perkara yang tak shahih jadi fitnah pulak. Apa yang kita mampu hanya berdoa, INSYAALLAH ada jalannya...

Hurmm OK lah..entry sebelum ini aku banyak meroyan dan bersedih-sedih. Apa bole buat perkara dah berlaku dan sudah berlalu...Nak salahkan sape lagi??? Aku yang pilih jalan ini, Aku yang pilih untuk bersama dia untuk sekian lama. Aku yang pilih dan yakin dengan CINTA dia. Faktor Keadaan atau belum rezeki kami lagi yang membuatkan kami terhalang untuk bersatu . UJIAN ini dari Allah untuk menguji sejauh mana kami dapat menahan sabar dan menerima segala kekurangan yang ada pada pasangan masing-masing. ATAU mungkn juga kami memang tiada jodoh (-_-). Hanya Allah SWT yang maha mengetahui..

OK STOP!!!! jangan lagi nak meroyan, apa kata kita cuba ubah cara hidup dan muhasabah DIRI. Kadang-kadang kita lupa apa yang berlaku adalah ketentuan dari Allah. Yang mana Allah mahu kita menjadi lebih baik dan mahu memberi kita pelajaran. Terus terang aku kata, disebabkan kesedihan ini dan ujian ini lah aku mula mengoogle search doa dan cara untuk menenangkan hati dan cuba untuk lebih redho dengan takdir Allah.

Bukan kita saja yang ada masalah dalam hidup ni, ramai lagi yang bermasalah yang mungkin lagi teruk TAPI percaya lah setiap masalah ada jalannya.

So aku nak berkongsi cara atau petua yang mana kita semua boleh belajar kerana KEHIDUPAN ADALAH PELAJARAN KEPADA KITA SEMUA. Nak kahwin pun wajib pergi kursus kawen 2 hari, apa lagi kehidupan ini yang kita tak tahu berapa lama akan hidup . Jadi berapa hari kursus yang korang rase kita kena hadiri untuk kehidupan yang semakin mencabar ni? Haaaaaaaa kalau ikutkan setiap hari la kita kena belajar untuk kehidupan yang bertahun-tahun.

Aiiiiiihhhhh membebel lagi aku...OK2 terus kepada topik, ni bukan sahaja untuk pasangan yang dah kawen tapi untuk kita-kita yang single pun lagi molek utk diamalkan walaupun tajuk Petua Untuk Rumahtangga Sentiasa Aman.

Petua Untuk Rumahtangga Sentiasa AmanOrang tua-tua berpesan kepada kaum wanita agar sentiasa hidupkan suasana iman dan amal di dalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan, maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allah s.w.t. rumahtangga akan dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan jiwa.Amalannya ialah:-

1. Solat di awal waktu.

2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. Al-Quran hendaklah khatam 2 kali setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Di samping itu hendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan di mana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah, kita dapat mengingati Allah s.w.t.
Dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir, iaitu "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar".
Jika mampu atau berkesempatan, boleh di sambung "Wa lah hawlawalaquwataillabillahi 'aliyil'azim" 100 kali. Selawat ke atas Nabi 100 kali dan beristighfar 100 kali.

3. Selain daripada itu, amalkanlah doa-doa masnun, yakni doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan seperti masa hendak makan, tidur,masuk dan keluar tandas dan sebagainya.

4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.

5. Hidup sederhana walaupun kaya dengan wang dan harta.


Selamat Beramal :)

Mar 3, 2014

Doa & Cara Permudahkan Jodoh

Sekarang bukan lagi masa untuk berkepit je nga BF. Dah sampainya kita bertawakal dan berdoa . Tak kan nk berkepit je 24jam. Last-last tak kawen juga.Aku pun macam tu jugak asyik berkepit, sampaikan rezeki pun dah jauh dan banyak sangat halanga dalam kronologi kehidupan aku ni.
Bulan depan ( April ) umurku dah pun 30. Aaaaaaaaaarghhhhhhhhhhhhhhhh 30 ke? Aku tak bersedia.Tapi apa kan daya hari itu akan tiba juga. Aku nak kahwin tapi sentiasa ada halangan. Jadi enry kali ni aku nak berkongsi sedikit cara dan doa untuk permudahkan jodoh bagi sesiapa yang masih menunggu macam aku ni.

Semua ni pun aku copy paste juga :-


Sesungguhnya urusan jodoh adalah ketetapan ALLAH. Kita hamba Nya yang lemah ini tidak ada daya upaya langsung untuk menetapkan jodoh kita melainkan semuanya dalam ketentuan Allah SWT. Namun, apa yang boleh kita buat ialah merayu dan memohon pertolongan ALLAH SWT supaya mempertemukan jodoh kita sebaik mungkin.


Berikut ini disenaraikan beberapa tips yang dapat anda amalkan dalam proses mencari jodoh terbaik anda. Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya mampu.


1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadis nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. InsyaAllah mustajab.

2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali , niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadis, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.
3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.
4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu , dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. InsyaAllah
5. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud , kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaAllah.
6. Solat hajat 2 rakaat –> Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaAllah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)
7. Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah , untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah.Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan     - Seseorang yang berjihad dijalannya     - Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya     - Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya
8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.
9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat , kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple;Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir…Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
10.Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.
11. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram , subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.

Insyaalllah jika anda amalkan tips-tips diatas dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu, dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-karut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja. Allah swt maha kaya, dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, dia maha pangasih dan maha pemurah pula, dia suka memberi, dia suka manusia meminta dan berharap kepadanya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat Seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain.


Semoga Allah swt memberi anda jodoh yang terbaik. Selamat berusaha!


Sumber : http://info-berguna.blogspot.com/2012/08/doa-permudahkan-jodoh.html