Apr 14, 2014

15.04.14



Alhamdulillah masih bernafas d ketika umo 30...Tapi masih terasa ada kekurangan ; suami , anak dan keluarga yang bahagia belum dapat dicapai (-_-)

Bukan tak pernah mencuba, tapi ntah la insyaAllah akan datang .Aku ada BF tapi dia mcm tarik tali untuk jadikan aku isteri. Aku cuba positif, mungkin dia ingin stabil dari segi kewangan atau belum bersedia nak jdi suami. Kalau kawen xde duit hidup merana jugak kan? Tapi kata orang kalau seseorang lelaki itu serius dalam perhubungan mesti dia cepat2 masuk meminang:(.

Hurmm ntah la, susahnya nak paham. Memang btl bila dah kawen kena kuat dari segi mental dan fizikal. Adakah dia belum bersedia ? Atau kami memang tiada jodoh :(

Jealousnya bila tgk orang lain ber bahagia. Kenapa aku susah nak dapat semua ni?Hurmm belum masuk tajuk lagi ni..Apa kena mengena tarikh kat atas tu dengan aku?

Its My Birthday Today - 15.04.14 :(

Kenapa aku sedih? bukan kah kita patut gumbira ?

Kerana aku menanti adakah dia akan datang padaku pada hari istimewa ni atau dia tak kan pernah kembali?

Tipu lah kalau tak sedih kan? Saat ni aku harap ada seseorang yang boleh peluk aku uwaaaaaaaaaaaa...

Aku tahu semua yang berlaku punca kesilapan aku sendiri, kerana sifat aku kurang sabar dan cemburu buta. Tapi aku sayangkan dia , takut kehilangan dia. Tapi siapa aku untuk halang takdir Allah SWT. Nanges air mata darah sekali pun kalau bukan dia yang ditakdirkan untuk aku, dia tetap akan pergi :(

Ya Allah, apa yang harus aku lakukan :( Aku tahu aku tak boleh bersedih. Kena kuat kena redha..Tunjukkan aku jalan yang harus pilih ketika ni. Aku buntuuuuuuu :((((((

Apr 13, 2014

Hitam Putih Kehidupan

Ini lah namanya kehidupan bila apa yang dirancang tidak seperti yang dirancang...Aku buntu, sedih, risau, kecewa...Apa rahsia yang Allah SWT rahsiakan dari aku ye?Aku cuba redha segala-galanya telah ditakdirkan...tapi beratnya rasa hati (-_-)Ujian datang dan pergi dalam hidup aku sejak sekian lama, kenapa aku tak berhak untuk dapat kebahagian..

Kesilapan aku kerana berasa yakin orang yang aku cintai adalah jodoh aku, sedangkan Allah SWT telah menentukan siapa jodoh aku...atau ini adalah ujian untuk kami , aku tak tahu...

Jika merasakan ini adalah Ujian seperti aku memujuk hati,Jika merasakan dia bukan jodoh aku seperti aku kalah dalam ujian ini...

Aku cuma mahu bahagia... Ya Allah aku terseksa (-_-)

Ampunkan aku, pimpin lah aku sekiranya aku rebah , aku tak mampu untuk berdiri lagi, aku tidak mampu untuk berdepan dengan kehidupan akan datang, aku tak mampu untuk menjadi sekuat dulu...


AKU TAK MAMPU YA ALLAH....

gambar sekadar hiasan
"hati ini selalu berniat menjadi yang baik dan terbaik, tapi terkadang tersasar juga lalu jatuh ke longkang dan dibasahi air longkang yang busuk...cuba lah gapai tangan ku bantu aku dan mandikan aku supaya wangi, bukan terus meninggalkan aku tergapai-gapai dalam longkang krn aku BUSUK.."

ikhlas : cik pencil