Dec 1, 2015

Welcome Disember

Assalamualaikum & Selamat Malam...



Hari ni 01.12.2015..

Tak sangka hari yang berlalu sangat lah cepat. Tak sempat aku nak kejar. Kejar impian dan kebahagian tahun ni.

Ya Allah...terasa berat sangat hati nak melalui hari esok dan esok dan sebulan lagi tahun baru.
Hari ni aku KOSONG. Aku takde apa yang di banggakan.

Aku takde keje, takde duit, takde kerjaya, takde suami, takde anak-anak , dan takde kebahagian untuk aku bagi kat ibu bapa aku. Tapi bersyukur masih ada keluarga yang sayang aku. Mungkin Allah nak bagi aku bersama-sama keluarga sementara masih berkesempatan.

Hidup memang penuh cabaran dan misteri. Tak pernah aku sangka sampai ke hari ni aku masih tetap disini menanti hidup yang aku sendiri tak pasti. Berat sekali aku nak luahkan kenapa aku pilih jalan hidup begini sedangkan aku berhak memilih. Aku yakin Allah swt yang merencanakan hidup aku.

Setiap kaki aku melangkah dan keputusan yang aku buat dari Allah. Bukan nak salahkan Allah tapi semuannya kerana HATI. Hati kita milik Allah.

Terkadang rasa juga bodohnya aku...

--------------------------------

2 Malam lepas Pak Yus (Raja Lawak) meninggal. Dia pergi dalam keadaan yang mengejutkan. Malam ni pulak Mariani ( ibu malisa saila). Kadang-kadang rasa dekat sangat dengan kematian bila dengar berita kematian mengejutkan macam ni. Aku pulak sibuk mengeluh dan merintih sedangkan yang paling dekat ialah MATI.

Mungkin Allah bagi aku peluang untuk beramal, belajar redho, belajar terima hakikat, istigfar, solat, berdoa supaya aku bersedia untuk kematian. Bersyukur di beri kesempatan untuk mengenal diri aku sendiri yang mana seblum ni aku tak pernah rasa takut untuk mati.

Ya Allah tunjukkan lah jalan untuk aku , mudahkan lah perjalanan hidup aku...

Lagi 1 bulan tahun baru, semua orang menginginkan satu azam atau hadiah tahun baru untuk buka buku baru. Tapi mampu kah aku nk jengok pintu tahun baru?

Aku tak kuat tapi aku harus kuat....untuk kematian aku dan masa depan sekiranya masih diberi kesempatan untuk hidup. BERTABAH LAH HATI.

-al-fatihah untuk pak yus dan ibu mariani-