May 27, 2009

12 BARISAN MANUSIA... MENUJU KE AKHIRAT

Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki. Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T:
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".

Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku (yg menunjukkan kekuasaan ku), itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:

Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."

Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat, maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:

Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking "mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:

Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut "Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:

Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. Inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:

Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:

Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik, kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita, melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:

Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:

Diiringi dari kubur dlm keadaan buta, gigi panjang seperti tanduk lembu jantan, bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:

Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. Mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W..T"


BACALAH YASSIN
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6.. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

May 22, 2009

Kain Kapan Buruk

Ade satu kisah nk kongsi,dpt dr email yg di4wardkan kpd aku..cite ni ala2 insaf tapi lucu pn ade..uhuhu...mari kita ikuti cerita ini...


Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes.Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan.

Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata.

"Kenapa begitu bang?" tanya isterinya."Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi.Isterinya terdiam,tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku." Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul,Hj.Teepo berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo.

"Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya.

Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya masih ragu-ragu."Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi."Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...."

"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik le iktibar...

May 20, 2009

kah..kah..kah..!!


1.Cium Isteri
Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:
Isteri :Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami:Kenapa?
Isteri :Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan ciu
m isterinya. Bila pulang
kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah
mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?

Suami:Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?'

2.Bunuh Setan
Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau
si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.
Isteri : 'Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti
membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'.
Suami:'yerr kerr?' Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak
sayanggg?
sambil ketawa.. Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata: 'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'. Si suami tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata: 'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'. 'takpe...tunggulah malam'.
Esoknya si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan...bang' . Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya si isteri berkata

'banggg, jom kita bunuh syaitan... '. Si suami tiba - tiba marah dan berkata ...........
'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'

3..Pak pandir menunjukankan kepandaiannya
Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
'Bentuk macam taik....' Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
'Lembik...macam taik.'
Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu
taik tu, lepas tu dia berkata,
'Bau macam taik.'
Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk menjilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit....
'MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!'

4.Mamak dapat anak
Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya
Ali: Apa yang suka sangat Mamak ni?

Mamak: Saya bini juga surat India mari.
Ali: Apa dia cakap? Tentu good news....
Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. N
ew baby!Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali:Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak:Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali: Lerrrrrr.??? ??...kalau 3 tahun tarak balik tu anak siapa? Hahahaha…

5.Kisah 2 ekor burung.
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung k
akak tua. Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.Ia berkata kepada si penjual burung.
Pembeli :Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu $500, sedangkan yang diam itu $1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa...memang berbeza, yang berharaga $1000 itu ialah pencipta lagunya.

6.Belajar bahasa English

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau. .. suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan2 di The mall...
Gadis:' I'm sorry '
Pelancong:' I'm sorry, too '
Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang d
iperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..
Gadis:' I'm sorry. three '
Pelancong: ' What are you sorry for? '
Gadis:'I'm sorry, five '


7.Kek Hari jadi...

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. 'Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini,encik?' tanya si ga
dis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.

'Mmmm, tulis saja 'Sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas, kemudian sambung dengan 'Sayang cuma bertambah cantik' di bahagian bawah,'kata lelaki itu. Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

'SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS
. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH.'


8.Anak siapa??
Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy :Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.

Ayah :Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy:Tapi mengapa?
Ayah :(Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah
abangmu.Tapi, jangan beritahu ibumu ye! Terkejut dengan jawapan itu,suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy :Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.

Ibu :Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi :Tapi kata ayah, Robert itu abang saya.Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu :(Separuh berbisik) Hmmm....Ayah kamu pun tak tahu
kamu bukan anaknya.
Suzy :Ha!!??!!

Sumber: dr email aku..kah..kah..kah!!

May 19, 2009

ada satu teka-teki..sape blh jwb?..


Ermm...jenuh ku berpikir apa la jwpn teka-teki ni..ada sorng mamat ni kasi teka-teki kt aku,xthu la kt mane dia rembat pastu dia kasi aku suh jwp..sape2 yg thu sila la kemukan jwpn anda(uhuhuh)..aku nk thu gak pe jwpn nye...
!!!!!!help me

Mamat mahu beli sepasang kasut berharga rm97, tapi tiada duit
mamat pinjam duit ibu rm50 dan abg rm50

sekarang mamat ada rm100 mamat beli kasut itu
dan baki duit rm3 mamat pulang rm1 pada ibu dan rm1 pada abg sekarang hutang mamat dengan ibu rm49 dan abg rm49 dalam tangan mamat tinggal rm1 masalah nya rm49+rm49 jadi rm98
campur rm1 dlm tangan mamat jadi rm99

mana rm1 lagi?????

haaa..jawap! jawap!

May 16, 2009

hepi bDay cikgu!


Selamat Hari Guru!
Diucapkn selamat hari guru kpd suma2 guru di malaysia,jgn boring memberi ilmu kpd kami suma,teruskn perjuangan anda mendidik anak bangsa(patriotik la plk..uhuhu)

:: GURU PEMBINA NEGARA BANGSA ::

May 15, 2009

Sultan Kelantan kini stabil


Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, yang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini, kini berada dalam keadaan stabil.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, pada sidang media ringkas di perkarangan hospital itu, berkata baginda dimasukkan ke hospital berkenaan petang semalam.
"Keadaan baginda stabil.

Saya ambil kesempatan ini memohon kepada rakyat terutama rakyat Kelantan berdoa supaya baginda cepat sembuh," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan menjawab sebarang soalan daripada pemberita.
Selain kerabat diraja, pemimpin kerajaan dan pembesar negara turut melawat baginda di hospital berkenaan. - Bernama

Sumber : BeritaHARIAN

Budu Oh Budu..

MUNGKIN perkataan budu agak janggal atau dipandang sepi sesetengah orang.Namun bagi peminat fanatik, ia dianggap makanan tradisi yang wajib ada dalam menu harian mereka.

Percayakah jika dikatakan budu iaitu sejenis cairan yang diperam dalam tempoh tertentu bersama ikan bilis atau pekasam lain dan enak dicicah bersama ulam-ulaman, b
oleh dijadikan antara medium terbaik untuk mencantikkan wajah seseorang?



Barangkali ada pihak yang tersenyum sinis namun kajian sekumpulan penyelidik di Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) membuktikan ia mampu direalisasikan. Menurut Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek, kajian terhadap budu menunjukkan ia mempunyai potensi tinggi dalam pertumbuhan sel kulit.

Selain membentuk sel biak terbaik terhadap kolagen serta bersifat elastin, budu dikatakan mempunyai nisbah 50 peratus dalam membantu dari segi antipenuaan.
"Berdasarkan penyelidikan terperinci mengenainya, proses sintesis terhadap kolagen didapati lebih baik daripada vitamin C berdasarkan kandungan makanan itu. "Kulit perlu dilindungi daripada elemen negatif selain mengimbangi sel manakala bahan berkenaan juga mampu melindungi daripada pancaran ultra ungu matahari," katanya.

Menurutnya, Sirim sedang mencari pelabur atau peniaga dalam bidang kosmetik untuk melariskan formula yang dirintis.
Katanya, budu keluaran Ketereh antara ramuan tertua dan begitu sinonim dalam sajian makanan di negeri Pantai Timur, malah menjadi sajian di seluruh Semenanjung Malaysia.

Menggunakan BK sebagai singkatan Budu Kelantan atau Budu Ketereh pada rumusan produk yang bakal dilonjakkan, beliau berharap impian untuk melihat budu menjadi jenama popular satu hari nanti bukan hanya terbatas di Malaysia, bahkan melonjak ke luar negara.
Dia turut menafikan kesan penggunaan budu boleh menyebabkan kegatalan pada kulit atau menimbulkan bau kurang menyenangkan.

Baginya, kebanyakan produk berjenama dunia yang eksklusif juga mengandungi bauan yang tidak enak.
Menurutnya, penemuan saintifik yang diolah dengan bioteknologi terkini untuk menyah bauan yang kurang disenangi boleh dilakukan dengan campuran ekstrak tertentu. Ramuan yang terdapat dalam budu mempunyai kandungan tertentu turut bergabung dengan ekstrak lain yang bersifat bebas radikal, tiada campuran kimia atau bahan pengawet yang memudaratkan tubuh.

Katanya, unsur yang digunakan seperti raksa atau plumbum diselitkan dan diseimbangi dalam tahap yang dibenarkan Kementerian Kesihatan.
"Kami berhasrat mensasarkan produk ini di kalangan masyarakat di negeri Cik Siti Wan Kembang sendiri sebagai sasaran utama memandangkan budu berasal dari negeri itu. Tetapi kami tidak menolak jika ada pengusaha lain yang meyakinkan untuk menaik taraf budu ini ke tahap lebih tinggi.

"Keyakinan kami didukung kuat oleh sifat masyarakatnya yang sinonim dengan makanan berkenaan selain menunjukkan sikap jangan perlekehkan budu kerana ia mampu menjadi bahan terpenting dalam produk kecantikan.

"Bukan sekadar makanan, tetapi ia sekali gus mampu melakar sejarah tersendiri dalam dunia kecantikan yang tiada sempadan. Namun, kami ada cara dalam melonjakkannya untuk menjadi jenama terkenal dan perkataan budu itu tidak akan ditekankan jika dikhuatiri mengundang pandangan negatif segelintir masyarakat terhadapnya.


"Mungkin pendekatan yang diguna pakai untuk lebih komersial adalah proses penapaian bahan berasaskan marin untuk penggunaan kosmetik. Kami percaya ia akan melindungi atau memberi kesan terhadap pembaikan kulit secara perlahan-lahan.


"Berdasarkan kajian, keluaran yang baik adalah produk yang tidak memberi kesan terlalu cepat terhadap kulit wajah seperti didakwa sesetengah pengusaha produk kecantikan.

"Mungkin ada bahan campuran kimia tertentu dan pengguna harus ada pengetahuan mengenai produk supaya tidak memberi kesan buruk kelak.
"Sebenarnya, kesan melebihi tiga minggu lebih memberi kesan berpanjangan bagi kebaikan kulit wajah," katanya.

Sebagai pertubuhan yang dipertanggungjawabkan terhadap aspek mutu atau piawaian dalam jenama atau pembuatan bahan di negara ini, Sirim turut meletakkan syarat tertentu kepada mana-mana syarikat yang bakal terpilih untuk meletakkan jenama berkenaan pada tahap sewajarnya kerana pelbagai aspek diambil kira sebelum 'menjual' formula itu kepada pihak pembeli.


Lebih membanggakan, usaha lapan penyelidik Sirim itu turut mendapat penghargaan di Jepun ketika persidangan di negara itu baru-baru ini yang mengiktiraf usaha dilakukan kumpulan penyelidik berkenaan yang dikatakan antara penyelidikan terbaik.


"Sebenarnya sewaktu menghadiri seminar dan membentangkan hasil penyelidikan di Jepun, kita berasa jauh ketinggalan dalam aspek teknologi berbanding negara lain termasuk Korea. Tetapi ia tidak menjadi halangan kepada kami untuk terus mengkaji pelbagai lagi penemuan baru untuk diketengahkan.


"Apa yang terpenting, aspek bioteknologi amat penting dalam memastikan ia bebas bahan kimia yang boleh memberi kesan tidak baik kepada tubuh seseorang. Untuk itu, kajian kami lebih mengutamakan aspek bahan tempatan yang boleh dikomersialkan," katanya.


Menurutnya, jika beberapa jenama kecantikan dari luar negara begitu terkenal menggunakan bahan penapaian atau yang diperam bahkan ada yang berbau busuk, dia menyangkal BK yang menjadi penemuan pertama Sirim akan ditolak.


Sebagai ketua penyelidik, Hamidah tidak menolak tanggapan mungkin budu menjadi penyebab beberapa aspek lain seperti kebanyakan wanita Kelantan mempunyai tekstur kulit lebih menarik atau ia mungkin atas faktor genetik.


"Mungkin kajian pihak lain boleh membuktikannya apabila ada yang mengatakan ramai golongan cerdik pandai terdiri daripada orang Kelantan mungkin disebabkan budu menjadi sarapan mereka.
"Ia ada seribu kemungkinan cuma kajian kami hanya menjurus kepada budu sebagai satu aspek penapaian yang boleh jadi formula menarik dari aspek kecantikan," katanya.

Sumber : myMetro

May 14, 2009

Panas! Panas!


Ni bukan cite “tutttt"…uhuhuh
Panas
memang panas sbb beratur pjg di tgh hari semata2 nk ambk borang pendaftaran kt tmpt temduga terbuka hari ni(kelantan)..
nk kongsi pengalaman first time g tmpt temuduga terbuka..fuyooh! memang ramai.Nasib baik xgi kat putrajaya,dgr kabarnya 8000 org serbu putrajaya,gile betul..mmg meriah abis..xthu nk ckp pe..hee

Ok smbg-smbg…

Aku ingt kn xde org sgt kt kelantan ni, bila smpi jer kete da penuh paking,org lak cam nk g kenduri kawin..h0h0h0. Nak x nk masuk jer la..erm rase-rase aku la ,agak lwt gak smpi tdi, tapi mungkin nasib agak baik hari ni,xde la beratur smpi ketgh hari.Aku antara golongan yg agak awal di interbiu(hehehe). So, settle awl...sempat la menjamu mata nengok2 gelagat kekawn
yg bru smpi,yg baru nk ambk borang,yg berjemur(cam kt hawaii tu..hee) , yg nk blk terus pn ade sbb malas nk beratur..yg makcik makcik dan pakcik pakcik pn ade..xthu nk ckp pe(makcik2 dk umah jaga anak lg afdal,bg peluang kt fresh graduate sdh..h0h0h0..)



...nk dijadikn cerita

borang lak xsmpi tgh hari da abis da…adui jenuh kwn2 kite tgu bor
ang lain..beratur nya punya la pjg bertemankan sinaran mentari..aduii aku nengok pn xlarat..ade yg da giveup , ade gak yg nk tgu smpi dpt..ermm yer la dtg jauh2 xkn nk giveup cam tu jer.. Terserempak ngan membr satu fakulti and classmate..uhuhuh..cam jejak kasih gak la..

Smbg lg..

..da selesai interbiu tu kena tgu adik aku jap(dia pn dtg interbiu)..hohoho sempat snap sekeping dua gmbr wat tatapn ckit..hehe.. Da settle suma aku pn nk berangkat blk..lapo sgt da,panas pon semakin membara..uhuhh..aku bertolak blk lebih kurang kol 11 a.m ..maso tu org ramai tgh berduyung2 masuk nk register lg…yg da ade tu pn xlarat nk tgu..yg bru smpi xthu la aku nk ckp pe..gudluck k!..h
ehe

Kol 5 p.m.. ...aku try cal kwn aku bertanya kabar, sbb dia antara golongan yg agak lewat htr borang(tgh hari)..dgr kabar interbiu di smbg lg esk(14mei)..dan dia lak xsempat gak diinterbiu hari ni..kesian kat dia... xpe la nanti ade la tu rezki kan.. ..di pendekkn cite, ramai jgk la spesis cam aku ni(xkeje lg)..hehe..kpd pencari kerja yg nk mencuba kt putrajaya dan negeri2 lain utk hari berikutnya diucapkn selamat brjaya!...

May 7, 2009

Penjelasan Tentang Temuduga Terbuka (KPM)..

Ramai yang keliru mengenai iklan Temuduga Terbuka di Kementerian Pelajaran (KPM) yang disiarkan baru-baru ini.

Untuk makluman semua, iklan tersebut adalah dua iklan yang berbeza. Temuduga terbuka di Putrajaya adalah untuk kekosongan di KPM Putrajaya. Sementara temuduga di negeri-negeri adalah untuk kekosongan di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masing-masing.

Guru Siswazah Kontrak hanya terdapat di JPN negeri-negeri sementara jawatan Pegawai Tadbir Kontrak, Penolong Pegawai Tadbir Kontrak & Pembantu Tadbir Kontrak ada di Putrajaya dan juga negeri masing-masing. Sila rujuk tarikh, masa dan tempat seperti dinyatakan sebelum ini.

Harap maklum.

Temuduga Terbuka!!

Temuduga Terbuka Jawatan Kontrak Di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua Negara Untuk Berkhidmat Di Jabatan Pelajaran Negeri

Kementerian Pelajaran Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan seperti dinyatakan di bawah untuk menghadiri sesi temuduga terbuka untuk berkhidmat di Jabatan Pelajaran Negeri bagi jawatan di bawah;

JAWATAN:

1) GURU SISWAZAH KONTRAK
SYARAT : Ijazah Sarjana Muda
TEMPOH KONTRAK : 1 JUN - 31 DISEMBER 2009
BAYARAN : RM2,000 Sebulan

BIDANG YANG DIPERLUKAN : Bahasa Melayu / Sains / Matematik / Bahasa Inggeris / Teknologi Maklumat / Pendidikan Jasmani / Sains Pertanian / Ekonomi Rumahtangga / Teknologi Pejabat / Sains Sosial / Teknik & Vokasional

2) PEGAWAI TADBIR KONTRAK
SYARAT : Ijazah Sarjana Muda
TEMPOH KONTRAK : 1 JUN - 31 DISEMBER 2009
BAYARAN : RM2,000 Sebulan
KEKOSONGAN : 560 Kekosongan

3) PENOLONG PEGAWAI TADBIR KONTRAK
SYARAT : Diploma / Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
TEMPOH KONTRAK : 1 JUN - 31 DISEMBER 2009
BAYARAN : RM1,600 Sebulan
KEKOSONGAN : 293 Kekosongan

4) PEMBANTU TADBIR KONTRAK
SYARAT : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
TEMPOH KONTRAK : 1 JUN - 31 DISEMBER 2009
BAYARAN : RM1,200 Sebulan
KEKOSONGAN : 244 Kekosongan

BUTIR-BUTIR TEMUDUGA TERBUKA :
MASA PENDAFTARAN : 8.30 Pagi - 1.00 Tengahari
MASA TEMUDUGA : 9.00 Pagi - 5.00 Petang

TARIKH, NEGERI & TEMPAT :

13 MEI 2009 (RABU)

W.P.KUALA LUMPUR
-Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Persiaran Duta, K.Lumpur

KEDAH
-Jabatan Pelajaran Kedah, Jalan Stadium, Alor Setar, Kedah.

PULAU PINANG
-Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, Leboh Downing, Pulau Pinang
-Bahagian Teknologi Pendidikan, Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai Utara.

PERAK
-Jabatan Pelajaran Perak, Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh, Perak.

SELANGOR
-Jabatan Pelajaran Selangor, Seksyen 6, Jln Cenderawasih 6/7, Shah Alam.

NEGERI SEMBILAN
-Pusat Kegiatan Guru Kawasan Ampangan, Km.4, Jalan Kuala Pilah, Seremban.

MELAKA
-Jabatan Pelajaran Melaka, Jalan Bukit Beruang, Melaka.

KELANTAN
-Bahagian Teknologi Pendidikan, Jalan Maktab, Pengkalan Chepa, Kelantan.

SABAH
-SM Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
-Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan.
-Pejabat Pelajaran Daerah Tawau.
-Pejabat Pelajaran Daerah Keningau.

PERLIS
-Jabatan Pelajaran Perlis, Jalan Tun Abdul Razak, Kangar.

SARAWAK
-Pusat Kegiatan Guru Kuching, RPR Fasa 1, Jalan Astana, Petra Jaya, Kuching.
-SMK Kampung Nangka, Sibu.
-Pejabat Pelajaran Miri, Wisma Persekutuan, Miri.

19 MEI 2009 (SELASA)
PAHANG
-Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

JOHOR
-Pusat Kegiatan Guru, Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

20 MEI 2009 (RABU)
TERENGGANU
-Bahagian Teknologi Pendidikan, Marang.

PERHATIAN:

a) Etika berpakaian :
Lelaki - Kemeja lengan panjang, bertali leher dan berkasut
Perempuan - Pakaian yang sesuai dan kasut bertutup

b) Membawa sijil asal dan salinan sijil yang disahkan
c) Membawa 2 keping gambar berukuran passport

May 5, 2009

Saat Menilai Cinta

SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran.
Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan. Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna. Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin. Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna. Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan. Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Petikan : Kosmo! (Mei 09)

Temuduga Terbuka Kontrak!!

Temuduga Terbuka Kontrak (Kementerian Pelajaran Malaysia)

C
epat!!Cepat!! Sementara Stok Masih Ada!..ehehehe.kepada sesiapa yg masih ternanti2 keje,mencari2 keje,penganggur fulltime(cam aku)mari la kita beramai2 serang putrajaya pd 12,13 dan 14 Mei mana la thu rezki kite d sana..kekosongn tu byk sgt, ni nk kongsi ngn korang suma, insyaAllah ade la rezki nanti ,pd sesapa yg da hampir give up tgu keje xdpt2(cam aku gak..uhuhu)kalau ade rezki xkemana yg penting usaha,tawakal dan doa..Amin:D

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:

1) PEGAWAI TADBIR KONTRAK
SYARAT : Ijazah Sarjana Muda
TEMPOH KONTRAK : 1 JUN - 31 DISEMBER 2009
BAYARAN : RM2,000 Sebulan
KEKOSONGAN : 370 Kekosongan

2) PENOLONG PEGAWAI TADBIR KONTRAK
SYARAT : Diploma / STPM
TEMPOH KONTRAK : 1 JUN - 31 DISEMBER 2009
BAYARAN : RM1,600 Sebulan
KEKOSONGAN : 214 Kekosongan

3) PEMBANTU TADBIR KONTRAK
SYARAT : SPM
TEMPOH KONTRAK : 1 JUN - 31 DISEMBER 2009
BAYARAN : RM1,200 Sebulan
KEKOSONGAN : 217 Kekosongan


BUTIR-BUTIR TEMUDUGA TERBUKA :
TARIKH : 12, 13 & 14 Mei 2009
MASA PENDAFTARAN : 8.30 Pagi - 1.00 Tengahari
MASA TEMUDUGA : 9.00 Pagi - 5.00 Petang
TEMPAT : SMK PRESINT 18, JALAN P.18A, PRESINT 18, 62150 PUTRAJAYA.

May 2, 2009

30 Luahan Perasaan Suami...



Bertemu lg di ketika ini..kali ni sy nk kongsi tips jadi isteri yg solehah..tips ni khusus utk para2 isteri dan bakal2 isteri,semoga anda menjdi seorg isteri yg solehah..Amin

1."Isteriku, Iktitraflah kelakianku"
2."Isteriku,Jagalah Rumahku"

3."Isteriku, Janganlah Leteri aku"

4."Isteriku, Fahamilah Perasaanku"

5."Isteriku, Berbincanglah dengan ku"
6."Isteriku, Hiasilah Dirimu"

7."Isteriku, Berlemah Lembutlah terhadapku"

8."Isteriku,Hargailah pemberianku"
9."Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-anak"
10."Isteriku, Jagalah Makan Minumku"

11."Isteriku,Jagalah pakaianku"

12."Isteriku , Didiklah Anak-Anakku"

13."Isteriku, Raikan Keluargaku"
14."Isteriku, Sembunyikanlah Kepintaran & Kelebihanmu"

15."Isteriku, Janganlah Membuang Masamu"

16."Isteriku, Janganlah Banyak Kerenah"
17."Isteriku, Patuhlah Kepadaku"

18."Isteriku, Janganlah Cemburu Buta"

19."Isteriku, Tunjukanlah sifat sabarmu"

20."Isteriku ,Iktiraflah Kepimpinanku"
21."Isteriku, Bantulah Kejayaan ku."

22."Isteriku,"Jadikan Anak2ku Insan Berakhlak mulia"
23."Isteriku, Permudahlan Penglibatan Sosial ku"
24."Isteriku, Janganlah Boros"

25."Isteriku, Hargailah Kejayaanku"
26."Isteriku,Galakkanlah Hobiku"

27."Isteriku, Suburkanlah Pembangunan Intelek ku"

28."Isteriku,Berjimat Cermatlah"

29."Isteriku, Berterus-terang dan Berkomunikasilah Denganku"

30."Isteriku, Janganlah Terlalu Mengawalku."

..wahai para isteri yg budiman amalkanlah setakat yg termampu dengan
ikhlas,semoga kita beroleh ganjaran dari NYA sekalipun suami tidak menghargai atau sekadar memuji isteri cuma didlm hati.........

petikan dr.Agamaku yg Kucintai