Mar 12, 2009

klu xforward dpt bencana..betul ke?

erm..mesti korang pn penah dpt mesej cam gni kn?..ade sebut2 nama Allah,ugut2 la..pd pendpt korang la btl ke suma tu?..apa yg korg dpt lps 4ward tu?...ni cuma nk pendpt korng la,aku was2 gak suma tu,bkn xpercaya kn Allah tapi fakta tu yg mempergunakn nama Allah.Bukn ke Allah lg berkuasa, kenapa la mesej tu yg nk bg bencana kat kite?..ni ade satu petikan aku terbaca korang pk la sendiri...
.. "bermakna ada satu kuasa lain selain Allah swt yg mampu memberi manfaat dan mudharat kepada kita.. oleh itu percaya kepada SMS atau email semacam itu adalah syirik dan haram.. Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pernah mengeluarkan fatwa berkaitan dengan surat berantai Sheikh Ahmad dari Arab Saudi yg heboh tersebar suatu masa dulu sebagai haram dan bertentangan aqidah"..
aku pn penah teragak2 nk 4ward ke x?tapi ade gak ter4ward..uhuhu..yer la kn sampai ckp kite dpt bencana la perkara buruk,takut gak aku..tapi apa yg konfem psl 4ward msg tu..mesti la syarikat telekomunikasi tertentu la akn kaya raya sbb dah suh 4ward kat 10 org rakan..bygkn ko de 10 kwn aku lak 10 kwn..kwn2 aku tu plk ade 10 kwn gak,kwn korang pn ade 10 gak,pastu dorng tu ade lg 10 kwn2,pas kwn2 yg 10 lg tu ade gak 10 10 10 kwn kwn kwn..fuhhh!!..satu malaysia..PAKCIK KAYO LA !!...tu la korng jgn percaya benda2 xelok tu..aku pn sama gak..hee
dorng kayo rayo kito lak buang duit sbb topup nk 4ward msg yg ntah ape2 jer tu..ish ish ish...msg kat boyfren lg best..huahuahua...Sekian

stress!!

Tips Hilangkn Stress..

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan
tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan
kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki
tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Mar 10, 2009

Maulidur Rasul

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.

Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya..Amin

Mar 9, 2009

Bertunang..


ehehe..jgn salah anggap ye,yang bertunang(8/3/09) buknnye aku tapi kwn aku(kwn masa sek dlu2):D...alhamdulillah majlis yg sederhana tapi sumanya berjln lancar,gu lawe(kapel dia la) org Johor.Dia lg kecik dr aku tapi last2 dia tunang dlu,ingtkn dia lmbt lg..ekekeke..tu la bak kata pepatah "Dont Judge A book by Its Cover"(xpro sgt bab2 peribhs ni,hee)...
Ermm..mengenangkn nasibku ini bile la agaknya aku akan menamatkn zaman bujangku:(..suma kwn da nk kawin tinggal i ngan besfren i jer(miza)..huahuahua...
umur makin bertambah..uwaaaa...
watever pon,tahniah wat kwn2 yg akan mendirikn rumah tangga dan yg dah pon mendirikn umah tangga,jaga elok2 tau rumah dan tangga korang tu..Aku ni umah jer ade,tangga lom siap lg...ekekkek...semoga korang bahagia ke anak cucu..Amin...
aku lak akan terus memperjuangkan misi yg blm lg terlaksana(cr keje ler)...-TamaT-

Mar 8, 2009

WANITA

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud *FUSSY* tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali-sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas: Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban: WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi. WANITA amat tabah.

6. Prihatin: Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja: Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8. Ego: WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta: CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks: Seks bukanlah segala- galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.


Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah.
WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.
Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA.

Mar 6, 2009

Selamat Pengantin Baru



haaa..cuti sekolah dah hampir tiba(13/3/09-pantai timur),apa yang paling popular musim2 cuti sekolah ni?..hohoho..majlis kawin ler..sebelum cuti sekolah pn da ader da majlis(dari 9 mac),ade kawan aku sorang tu kejenye fotographer,al-maklum ber bz ler dia sepanjang 2/3 minggu ni,tapi dia nye gambar kawin..fuyoo cantik,ni website dia http://jaslieebridal.fotopages.com/
..sape2 yang nak menempah gambr ke pakej kawin ke rajin2 la surf website ni,insyaAllah xrugi,gmbr majlis kawin kat rumah aku pon ade gak(akak kawin)..ehehehe..tenkiu en.iwe and pikie(aku promte korang ni xde pengeras ke?:p)...
Kepada bakal2 raja sehari,semoga majlis korang selamat dan berjalan lancar,dan jangan lupa berbelanja la berpada-pada. Jangan diikutkan nafsu serakah korang..besar ke majlis tu xpenting yang penting selamat diijabkabulkan..uhuhu.rase cam aku lak nk kawin..berdebar-debar jer:p
Bile dah jadi suami isteri tu jaga la hubungan korang baik-baik,ye la kan sekarang kawin cerai cam biskut mery jer..ish ishh ishh..paper semalam(5/3/09) tentang pemain badminton negara kita tu (Roslin Hashim) cian kat dia kawin besar-besaran last2 bertahan 12 hari jer...aduiii fenim fenim.(bukan mengumpat tapi sbg peringatan dan tauladan)...ermm..kita merancang tuhan yg menentukan segalanya..Jadi,berpada-pada la kita dalam berbelanja, nanti lepas kawin lg byk korang nk belanja.Dengan rumahnya,ketenya,makannye..pendek kata memang byk lah.(cam dah lari topik jer ni)..erm..byk sgt nk cite xthu mana satu nk gtau..k lah tambah ckit jer la...ehehee
Aku nk ingatkan kat korang dan dri aku sdri bila dah kawin dah jadi isteri/suami jaga lah keperibadian diri masing2...ok..
Cite suami curang,isteri curang..macam da jadi trend lak dalam kehidupan kita ni,harap2 anda diluar sana tidak tergolong..Amin..
Aiya..apsal lak aku cite benda2 xelok ni musim2 org nk kawin,nanti xjdi lak korang kawin..ekekek..sori2..
ok la berbalik kite ke majlis kawin tadi,SELAMAT PENGANTIN BARU..kepada bakal2 pengantin:)..hee