Jan 10, 2015

Belajar Masak

Haaa buat malu je title ni....

ihsan: mr.google
Hari ni aku nak masak MEE SUP ekekeke. Sekarang masih kat ofis tapi buka pintu je terus pikir nak makan apa balik nanti. 2/3 hari ni takde rasa nak makan nasi. Berita bagus ni hahaha bole diet!!!!. Beria-ria kan aku cite nak masak, bukannya apa kalau korang nak tahu aku bukan la seorang yang rajin memasak kat umh bujang hehe. Housemate aku pulak jenis yang tak kisah dan kami biasanya buat hal masing-masing. Kalau salah sorang rajin nak masak so diorang masak je takde la beria-ria kami buat kenduri. Housemate aku ni bukan BFF aku tapi kami baik. Kami kenal pun dari sewa bilik tu je so takde la nak rapat2 sangat. Tapi Alhamdulillah sejak pertama kali jejak kaki di KL dari tahun 2009 sampai la sekarang 2015 dan dah tukar-tukar rumah, Allah bagi aku jumpa housemate yg sangat baik dan tak banyak kerenah. Tapi tahun ni 2015, aku buat keputusan untuk duduk sorang je. Hehe saje nak rilek dan tenangkan hati. Kalau tak hari-hari ngumpat. Al-Maklum lah salah sorang housemate aku tu agak tua sikit dr aku dlm 33 kot so dia pun agak stress jugak la sebab tak kawen lagi. 

Jadi untuk sedapkan hati kami selalu la ngumpat-ngumpat orang yang kawen awal hahaha. Padahal mana la kita bole halang kalau org tu nak kawen atau tak. Ada duit ke takde kalau dah sampai masa dia kita nak cakap apa. Tapi kami tak setuju la kalau takde duit atau tak stabil tapi nak kawen juga. Pastu bila duit tak cukup lastnya minta duit kawan-kawan nak beli susu anak. Hurmm...panjangnya cite aku, tapi itu la cite yang selalu aku dgr dr housemate sbb dia yang jadi mangsa bank buat pinjaman beli susu anak. 

Ok dah abis cite dia, aku nak masak ni. Haaaa kenapa sekarang rajin pulak nak masak?? Aku duk sorang ingat nak belajar masak yang sedap2. Setakat ni aku reti buat yang simple2 je so mulai hari ni aku nak jadi mcm chef wan campak je bahan dalam periuk terus jadi sedap hahaha. Kawen nak tapi masak tak pandai apa nih? huahuahua mungkn ni la salah satu penyebab kenapa Allah tundakan perkahwinan aku.

Minggu lepas aku buat sup ayam tapi hurmmm kureng la kesedapnya. Hurmm mungkn baha-bahan tak complete kot. Aku letak yang basic dan ade yang tak letak sebab tu rasenya kureng. So aku kena tingkatkan lagi prestasi memasak sup. PRACTICE MAKES PERFECT betul tak? Haaa lagi satu aku penah terbaca UAI penah cakap tak pandai masak takpe yang penting rajin masak. Kan???

ihsan: mr.google

Kena berubah banyak aku ni, keburukan lagi satu liat nk bangun pg uwaaaa. Malam tadi tgk cite CINTA ILAHI pastu ada bab dialog yang mak dia kata kat anaknya " kita ni kalau nk cr bini cr yang tak sayang tido" uwaaaaaa terasa beb !!! hahaha dah tu sape suruh perangai cam gini. Tapi bg aku normal la sekarang kan orang bekerja blk dah la lmbt. kol 2 pg baru nk tido pas kemas umah dll. Orang dulu2 bole la mana nye keje anak dara, Kol 10 dah tido esknya bole la bgn pg2 hahaha. Kita sekarang bukan nk fikir masak je, kat ofis byk keje, ade yg bwk keje smpi ke rumah, setiap bulan komitment pd kete, umh, ibubapa dan diri sendiri. Haaa tgk komitment dah mcm lelaki sbb tu sekarang tak boleh nk salahkn perempuan je. Amboi semangat aku back up kaum HAWA huhu. Sepatutnya tugas byr kete rumah brg2 umh ni lelaki je tapi sekarang mana ada. Tapi lelaki sekarang masih tak banyak berubah. Kaum HAWA buat 2 keje, lelaki 1 keje iaitu BEKERJA. Kesian kat kaum HAWA kan? dah la penah kat ofis blk2 je nk uruskan rumah. Kaum ADAM jgn la mcm ni tolong2 la apa yg patut K.

Adoiiii dah pjg plk bebel. OK lahhh nak siapkan keje sikit pastu nak balik masak yeaaaaa...

Jan 9, 2015

" NEGATIF" Deleted

Hari ni rasa sangat-sangat bersemangat. Akma tak tahu kenapa tapi semacam ada aura. Aura keje baru kot.

Perasan tak ada pengganti nama diri AKU -->> AKMA ecececehh. Tapi macam tak sesuai lak nk ganti rase geli geli je ganti Akma huhu. Memang lah namaku Akma tapi tak penah penah ada orang panggil manja gitu . Ok yang tu tak penting ,  yang penting ' mulai hari ini tahun ini 2015 aku nk lebih bersemangat dan buang segala sifat negatif dalam diri. Tak kisah la aku ni sape. Dah kawen ke belum kawen ke, keje banyak ke stress ke aku nak move on dan jangan kisah apa-apa. Permulaan tahun yang baru dan semangat yang baru harapnya berkekalan lah sampai bila-bila.

Ni entry pertama untuk tahun 2015. <<< tarik nafas arhhhhhhhhgg hembusss >>>>.

Alhamdulillah boleh lagi merasa nikmat hidup nikmat makan untuk tahun ini. Dua minggu sebelum new year , negara kita diuji dengan berbagai-bagai cabaran . Pantai timur yang dilanda banjir teruk, termasuk negeri kelahiranku KELATE yang paling teruk. Tapi bukan semua kawasan. Alhamdulillah kg halamanku selamat. LAGI kita d uji dengan Air Asia terhempas, yang sebelum2 tu MH370 dan MH17.

Takziah dan Al-Fatihah....

Semua dugaan ini adalah untuk kita semua yang hidup dan boleh melihat. Kalau kita boleh makan dan pakai pada hari ni cuba lihat mangsa banjir. Itu lah nikmat dan kesedaran yang ALLAH SWT dan tunjukkan. Jangan mengalah dan mengeluh dengan kehidupan ini. Kalau sebelum ni aku selalu sangat merintih bila nak kawen. Kenapa? seronok sangat ke kawen?

Bukan seronok tetapi kewajipan sbg umat islam memandangkan umur pun susah menjangkau 31 tahun , tahun ni GULPPPPPP!!!! Tapi kalau ALLAH tak izinkan macam ni lah..asyik pospone. Entry sebelum ni aku ada cakap plan nk kawen, aku benci sebab takde plan nak kawen. Tapi ALLAH SWT lagi maha mengetahui. Betul la apa aku cakap, plan yang nak bulan 3 tu memang tak jadi. Tapi bukan la tak jadi cuma pospone ke bulan 6 atau 7.

Aku tak tahu nak salahkan sape. Kalau nak salahkan BF aku 100% pun tak boleh. Ini semua bermula dari hati dan ALLAH yang menggerakkan hati dia. Duit ada ke takde, keje ade ke takde kalau dah sampai masanya akan jadi jugak. Keje siang malam pagi petang kalau ALLAH tak gerakkan hati dia untuk buat cepat maka gini la jadinya.

Ye memang betul salah satu sebab ialah DUIT. Tapi adik aku kawen dulu pun tak cukup duit gak dan Alhamdulillah dah selamat pun tanpa buat loan lagi. Itu lah namanya REZEKI. Permulaan tahun baru ni aku tak nak lagi berharap kawen. Kalau dah plan takpe la kita akan cuba, kalau yang di pospone tu pun tak jadi maka berserah saja hanya pada ALLAH SWT. Yang penting sekarang aku nak mulakan hidup dengan lebih tenang dan semangat. Al-maklum lah lagi 1 minggu nak mula keje kat tempat baru.

Aku nak buang segala sifat-sifat buruk, InsyaAllah...
Entry yang sebelum ni yang banyak mencarut pun aku dah delete. Ini lah bagusnya kalau buat jahat hanya di hujung jari. Boleh delete kan senang. Betul la kata pepatah " cakap yang baik-baik Insyaallah akan baik2 saja".

Doakan aku...SELAMAT TAHUN BARU 2015 :)