Jan 21, 2016

Kau Tercipta - Lah Ahmad


Best lagu ni, aku andaikan bakal suami yang telah Allah tetapkan dari syurga nuh tuju kat aku (tak salah berangan asalkan bahagia)

hayatilah sangat sangat menusuk d kalbu dihatiku....

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Telah lama ku nantikan
Saat semua ku impikan 
Kau jadi ratuku
Teman seluruh hidupku
Lengkapi duniaku
Bawalah aku didalam doamu
Semoga sentiasa diberkati setiap waktu
Tuluskan hatiku didalam melengkapimu
Semua yg kau perlu

Peluklah aku jika terkenang 
Semua kau idamkan 
Semua hanya milikmu 
Kau tercipta untuk diriku

Bukan maksudku untuk melukaimu 
Bukan niatku dari dahulu 
Semua hanya kerna ku sayang padamu
Kau tercipta untuk temani diriku... 

Bersyukur kita pada Yang Esa (terciptanya cinta) 
Ku mendoakan kebahgiaanmu selalu 
Peluk lah aku jika terkenang 
Semua kau idamkan
semua hanya milikmu 
Kau tercipta untuk diriku 
Bukan maksud ku untuk melukai mu 

Bukan niatku dari dahulu 
Semua hanya kerna ku sayang pada mu 

o0o0o.. yeh yehhh 

Kau tercipta...

o0o0o....

Peluk lah aku jika terkenang 
Semua kau idamkan semua hanya milikmu
Aku bersyukur Kau tercipta untuk diriku 

Bukan maksud ku untuk melukai mu 
Bukan niatku dari dahulu 
Semua hanya kerna ku sayang pada mu 

Kau tercipta untuk temani diriku...
Kau tercipta untuk temani diriku...


move on

sumber:google

Sebelum aku memanjangkan penulisan ini, mungkin dah terlambat sikit tapi bole je huhu...nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2016.

Wowwww tak sangka dah 7 tahun usia blog aku. Tiada yang menarik , kemunculan ku yang diselang seli macam chipsmore ni kejap ada kejap takde. Akhirnya dah pun 2016. 

Azam baru ? hurmm Alhamdulillah ni firstime takde azam. Kenapa? nanti aku ceritakan di perenggan yg keseterusnya . Doa aku semoga kamu semua dan aku hidup lebih baik dan dirahmati Allah swt selalu. 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

oke aku nak kaitkan tajuk malam ni dengan tiada azam tahun baru. terus terang saja,  aku dan pun officially putus dengan kisah cinta aku yang selalu aku duk cite-cite sedih tu. Akhirnya kami tiada apa-apa lagi . Hurmm agak tak sangka dan terkejut sebab ada perancangan nak naik pelamin pada bulan 7 tahun lepas. Disebabkan atas sebab-sebab yang aku pun tak tahu macam mana nk rungkaikan kami PUTUS.

Jadi, agak sadis jugak la. Penantian aku yang bertahun-tahun. Ya...memang rugi, aku dah banyak buang masa. Nak buat macam mana semua ketentuan Allah (pujuk hati). Meraung? DAH. Nanges ? DAH. Tido sepanjang hari? DAH. Tak makan tak minum ? DAH. Termenung setiap hari tanpa buat apa-apa keje? DAH. Semua aktiviti orang putus cinta lalui aku dah lalui dengan jayanya selama 4 bulan ni. 5 tahun lepas aku dah pernah lalui situasi yang sama. Dulu agak lama juga aku nak move on sekarang aku terpaksa pendekkan masa sebab aku tak punya banyak masa. Kalau ikut hati nak je nanges dan terkenang kat dia je tapi aku dapat? SAKIT !!!!

Nak ke tak nak kena bangun lah paksa diri, doa dan serahkan pada Allah bagi petunjuk dan kekuatan. Andai datang jodoh pas ni, aku tak kan fikir panjang lagi. Sesi suai kenal kejap pastu aku decide kalau tak berkenan aku akan reject orang tu baik-baik jgn bg harapan kalau tak nak. Sekurangnya dia bole cari yang lain. Aku tak nak jadi macam sebelum ni lagi. Cukup lah !!!!!

Sekarang masanya untuk aku MOVE ON. Cakap melayunya TERUSKAN HIDUP. 

Adakah ini SURATAN @ KEBETULAN? aku pun tak pasti. Nak cite lebih?rasenya tak payah lah. Apa yang berlaku biar la rahsia. Biar aku dan dia saja yang tahu. Aku akan teruskan hidup macam biasa. Aku tak pernah berubah sama sebijik macam dulu. Tapi dia yang berubah. Itu je la aku bole cakap.  Cite lebih kang terbuka aib orang dan aib sendiri pulak.

Yang berlalu biar la berlalu, barang yang lepas jangan dikenang. 

Jadi, memang tahun baru aku ni agak creepy jugak lah. Nak teruskan hidup tanpa memikikan apa-apa tentang masa depan tu xlojik. Tahu kenapa?

Aku diuji seberat-berat ujian yg tak pernah aku fikir aku bole lalui ( untuk aku lah, bg org lain mslh kecik je) . Masa kejadian tu berlaku aku baru je resign dan blk kg. Aku ni takde apa-apa, Takde keje, takde duit, takde semangat, takde BF, tak jadi kawin dan umur aku da mengjangkau ke 32 thn ni oohhh n0o0o0o0o0!!!!. Itu hakikatnya yang aku kena hadapi dan terus melangkah.  Bagi aku itu ujian berat utk aku sebab tak sangka semua berlaku dalam keadaan aku tak bersedia. 

Azam baru? Macam aku cakap lah takde azam. Cuma akan teruskan hidup dan perbetulkan diri aku yang tak berapa betul ni. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Harapan aku nak kawen dgn dia dah terkubur. Tapi seandainya jodoh datang tanpa diduga dan Allah buka pintu hati aku untuk seseorang , InshaAllah aku terus kahwin. Kahwin kerana Allah. Bg aku apa yang terjadi lepas ni semuannya krn Allah bukan lg ikuk suka kata hati aku yg selama ni terlebih confident BF tu jodoh aku. Harapnya Allah hadirkan seseorang yang benar-benar tima aku seadanya . Insha Allah...

Ini semua sudah ditentukan Alhamdulillah ada baik dan buruknya.

 "Boleh Jadi kamu membenci sesuatu, Padahal ia Amat baik bagimu, dan boleh Jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, Padahal ia Amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah : 216)

Kenapa Allah letakkan aku dalam situasi ni? hanya Dia yg tahu dan aku yakin jalan ni adalah terbaik utk kehidupanku walaupn agak sedih pedih dan menyakitkan. Aku OK, dah boleh teruskan hidup, cuma terkadang of course la rindu kat kenangan terindah tu mesti ada.  Klu sebelum ni,  HP aku trett trett dapat wasap kata-kata rindu ke love-love ke . Sekarang NO MORE. Aku pulak jenis yang setia tahap baban so memang takde la spare part nk ajak lepak ke nak borak ke atau berwasap. Itu yang menggila kejap aku. Tapi masih waras Alhamdulillah. Memang betul-betul kena mulakan hidup baru . Nak cari kawan nk cari jodoh diusia yang mcm ni aduiiiiii sabor je la.

Banyak sebenarnya aku belajar tentang kehidupan ni. Dulu ingat pas belaja , keje bagus, ada duit banyak, ada BF terus kawen. Tapi langit tak selalunya cerah. Alhamdulillah, aku terima seadanya keadaan aku ni. Dan paling paling aku nak tekankan apa yang PENTING dalam hidup ni adalah KESEDERHANAAN. Kenapa ??

sederhana dalam berharap
sederhana dalam bercinta
sederhana dalam mencari rezeki
sederhana berkahwin
sederhana sayang menyayang
sederhana marah-marah
sederhana merindu
sederhana merajuk
sederhana dalam menunggu dan menanti

pendek kata semuanya cuba bersederhana Insha Allah akan bahagia. Jika terlalu kejar duit/dunia kdg kita lupa akan orang lain dan lupa pd jln akhirat jdi tamak dsbnya. Carilah duit secara sederhana dan serahkan yg lain kpd Allah. Rezeki kan dr Allah. Sederhana dalam bercinta, bila kau terlalu over sayang kau akan sakit dilukai. Maka sederhana lah dalam mencinta supaya kau tidak disakiti. Sederhana dalam menunggu, bila over menunggu satu hari kau akan ditinggalkan. Jadi sederhana la menunggu bg had masa sethn ke atau 2 thn je bergantung pd umur dan keadaan. Pastu berserah dan bertawakal lah pd Allah. Bila dan jadi mcm ni aku meroyan la jawabnya. Apa pun yg pasti korang bersederhanalah agar dri sdri tak rugi dan disayangi Allah.

Sekarang aku dah belajar dan aku bersyukur walaupun diri aku tak berjaya tak de harta takde suami (pd umur 32) dan yang pasti sekarang I AM ALONE. Aku tetap bersyukur diletakkan dalam keadaan yang sukar ni. Insha Allah akan sampai juga nanti aku berteman. Cuma perlu sabar dan teruskan berdoa agar jodoh yang Allah tetapkan itu juga berdoa kpd aku dan menerima aku seadanya. Sampai masa yang tepat Allah temukan aku dan dia. 

Sekarang bila dan tenang baru lah rasa nk menaip tap tap tap tap huhu. Aku OKEY. Masa akan berlalu juga dan semuanya bersifat sementara. Semua yg ada kat dunia ni hanya pinjaman. Betul la apa yang selalu orang kata. Hari ni kita kat bawah esk kat atas, nanti bawah blk lusa atas pulak sbb tu jgn terlalu yakin dan berharap terlalu tinggi. Cukup la bersederhana dalam semua hal dan sentiasa bersyukur. 

Andai tak putus/cerai/berpisah bole jadi pasangan korang akan meninggal betul tak? semua nya milik Allah. Sebab tu Allah dah bagitau BERSEDERHANA lah dalam apa jua keadaan. Bukan nk takutkan korang tapi percaya lah MATI ITU PASTI KAWAN ;).

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah syukur tak terhingga Allah bagi kesempatan untuk aku belajar dengan kehidupan ini. 


sumber : google