Dec 1, 2015

Welcome Disember

Assalamualaikum & Selamat Malam...



Hari ni 01.12.2015..

Tak sangka hari yang berlalu sangat lah cepat. Tak sempat aku nak kejar. Kejar impian dan kebahagian tahun ni.

Ya Allah...terasa berat sangat hati nak melalui hari esok dan esok dan sebulan lagi tahun baru.
Hari ni aku KOSONG. Aku takde apa yang di banggakan.

Aku takde keje, takde duit, takde kerjaya, takde suami, takde anak-anak , dan takde kebahagian untuk aku bagi kat ibu bapa aku. Tapi bersyukur masih ada keluarga yang sayang aku. Mungkin Allah nak bagi aku bersama-sama keluarga sementara masih berkesempatan.

Hidup memang penuh cabaran dan misteri. Tak pernah aku sangka sampai ke hari ni aku masih tetap disini menanti hidup yang aku sendiri tak pasti. Berat sekali aku nak luahkan kenapa aku pilih jalan hidup begini sedangkan aku berhak memilih. Aku yakin Allah swt yang merencanakan hidup aku.

Setiap kaki aku melangkah dan keputusan yang aku buat dari Allah. Bukan nak salahkan Allah tapi semuannya kerana HATI. Hati kita milik Allah.

Terkadang rasa juga bodohnya aku...

--------------------------------

2 Malam lepas Pak Yus (Raja Lawak) meninggal. Dia pergi dalam keadaan yang mengejutkan. Malam ni pulak Mariani ( ibu malisa saila). Kadang-kadang rasa dekat sangat dengan kematian bila dengar berita kematian mengejutkan macam ni. Aku pulak sibuk mengeluh dan merintih sedangkan yang paling dekat ialah MATI.

Mungkin Allah bagi aku peluang untuk beramal, belajar redho, belajar terima hakikat, istigfar, solat, berdoa supaya aku bersedia untuk kematian. Bersyukur di beri kesempatan untuk mengenal diri aku sendiri yang mana seblum ni aku tak pernah rasa takut untuk mati.

Ya Allah tunjukkan lah jalan untuk aku , mudahkan lah perjalanan hidup aku...

Lagi 1 bulan tahun baru, semua orang menginginkan satu azam atau hadiah tahun baru untuk buka buku baru. Tapi mampu kah aku nk jengok pintu tahun baru?

Aku tak kuat tapi aku harus kuat....untuk kematian aku dan masa depan sekiranya masih diberi kesempatan untuk hidup. BERTABAH LAH HATI.

-al-fatihah untuk pak yus dan ibu mariani-

Oct 3, 2015

bad new or bad mood?

Selamat Pagi Semua..

Apa Kabar? aku kabar tak baik..

Sekarang ni dah nk dekat suboh, so sementara tunggu azan aku nak luahkan perasaan. Hanya blog ni je teman sehidup semata aku kot.

Previous entry aku dah janji kan nk cite yang bad news. Kalau korang nak tahu apa bad newsnya ialah "tahun ni dah nak berakhir dan aku tak kahwin kahwin jugak"!!! . Sedih tak? aku lagi sedih..

Apa boleh buat aku yang pilih jalan ni. Tapi tu la kadang-kadang kite bahagia kadang-kadang kita berduka. Aku harap esok luso aku bahagia pulak. Tapi sekarang aku bad mood. Mesti korang pelik kan nape aku tgu dia? xthu la nk ckp macam mana, nak kata dia bagi banglo sebijik tak la pulak. Hati aku Allah saja yg tahu . Aku harap aku dapat jawapan satu hari nanti. Aku tak pernah menyesal tunggu dia sebab aku rasa berbaloi. Kenapa aku kata berbaloi?

Sebab aku banyak belajar bila da jadi macam ni. Banyak benda yang aku belajar nak cite semua nanti ada orang borink. Aku bagi contoh 1 je la yek. Bila kau blm kawen ni ko banyak berdikari sebab bf kau tak kan nak tolong kau semua. So kat xrase terkontang kanting xthu nk repair kete . Tapi tak jugak kan? aku dgr cite even korang dah kawen pastu dpt lg yg pemalas ke atau jenis malas nk mabik tahu tjwb dia belum tentu dia nak tolong. So apa beza kawen dan x? xde bezakan? kahwin kena ada matlamat dan tujuan dan persefahama walau xsama 100% tapi give n take omputeh ckp. Ade yg kite xle buat dia bole, ada benda yg dia xbole kita lak yg boleh so lengkaplah hidup. Gaduh2 manja pn best gak kan? mana boleh perfect sgt , perfect is borink .

Berbalik point tu...Betul ke? hurmm tak nak bg yang ni.. aku bg contoh lain je la yek...

Berbaloi mksdnya aku akan terus berdoa, ye betul bila dah tak de pilihan korang akan terus berdoa. Kenapa aku cakap berdoa tu salah satu medan belajar. Nak tanya korang lah kan, andai hidup terlalu lancar, mudah, cepat, senang bahagia dan tak banyak berfikir rase-rase ada masa x nk berdoa? aku yakin jawapannya TAK. 95% aku sangat-sangat bila korang dah hepi takde masa nak minta doa dr Allah SWT.

Kat sini aku rase sangat-sangat bertuah sebab Allah SWT sentiasa bg aku peluang untus terus berdoa, Tipu la kalau aku kuat sangat kan? boleh hadapi beberapa thn ni tanpa cr pengganti sdgkn bf takde ajak kawen. TIPU....aku pun tak tahu macam mana aku boleh bertahan samada dgn doa atau hati aku. Tapi nak tanya la ade lg ke org yg snggup tgu macam aku ni? aku pun da naik hairan apsal aku susah sgt nak lupakan dia walau da banyak aku doa..adakah dia betul jodoh. ATAU Allah nak dia datang pada aku saat dia betul-betul dah berubah...wallahualam..aku pun berharap macam tu jugak..

Bila dia datang tu harap-harap dalam keadaan yang beriman dan boleh didik aku ke syurga :)

Dahsyat tak cara aku berfikir? hahaha ni la cara-caranya nak pujuk diri sendiri supaya tak meroyan:)

FIKIR POSITIF walau pun BAD NEWS...
gambar sekadar hiasan

Aug 26, 2015

Berhenti Kerja

Assalamualaikum semua penghuni alam...

Lama sungguh bertapa hampir 7 bulan tak update blog. Al-maklum lah banyak perkara yang berlaku sepanjang beberapa bulan ni. Ada perkara baik dan juga buruk. Hurm..dari mana nak mula ye?..

Apa kata kita bermula pada perkara "berhenti keje". Bagi aku ini perkara baik sebab aku da lama tunggu peluang ni. OK sebelum tu aku aku penah cite pasal ni Belajar Masak . Bukan main seronok kan aku nak keje tempat baru. Haaa klu korang nak tahu ni jadinya kat tempat baru. Sila baca....Pas aku dapat keje baru tak sampai 2 bulan aku da tension. Alahai susahnya nak keje baru ni. Aku tak nak bercerita panjang pasal ape keje baru tak best. Dah memang perangai aku kot susah nak bekerja dengan orang. Aduiii duu du du du kalau tak kerja nak makan apa? Aku pun cuba menjobstreet lagi. Keje yang aku tak suka ni bertahan jugak la 4 bulan. Cari punya cari jumpa satu ni.

Di pendek cerita yang ni lagi aku tak suka. Aduiiiii sakit jiwa makk!!!

Yang ni bertahan 1 bulan je..Sebelum aku berhenti macam ni lak citenya...Sila baca.....

Akhirnya aku dah tak tahu macam mana nak wat. Aku pun berdoa kat Allah SWT supaya lapangkan hati dan jiwa aku. Tunjukkan jalan dalam masalah aku ni. Hurmm korang jangan tak percaya, Allah makbul kan permintaan aku. Aku sangat-sangat yakin Allah dengar apa aku minta. Korang tahu tak apa benda? Mak aku suruh balik kg tolong ayah aku. Kami bukan lah orang senang pun cuma bapak aku ada kedai runcit. So, Alhamdulillah setakat nak beli itu dan ini boleh lah hasil dari perniagaan bapak aku ni. Haaaaaa doa ni memang Allah pemudahkan tak semudah doa aku nak kawen :(. Ok takpe mesti ada hikmah nape aku tak kawen lagi. Okeyy sambung lagi...Punya la happy gila bila mak aku cakap berhenti la keje blk kg , tolong ayah apa yang patut kebetulan masa ni bulan puasa so memang penat la bapak sorang je yang meniaga, Mak aku pulak busy jaga cucu. Haaa ni satu kes lagi, adik aku yang kawen dulu dah bersalin , pastu tak nak letak kat nursery dia suruh mak aku jaga. Aduiiii susah nak cakap la benda macam ni. Kalau ikut hati memang aku tak kasi mak aku jaga.Yer la , setiap hari busy ngan kedai. Bila dah mak aku jaga  cucu bapak aku sorang je meniaga memang kesian...So akhirnya aku balik kg dengan happy nye...

TAPI walau dah selesai masalah tension keje , ada lagi masalah lain. Duk kg kalau tak keje mana nak datang duit? HAHAHA...katanya tolong ayah tapi bukan makan gaji pun, Setakat nak beli benda yang bukan -bukan memang tak lah aku. Sekadar bayar kete, makan minum je lepas. Aku tak sampai hati nak minta gaji, kalau aku memang full time ok gak tapi aku tolong apa yang patut je. InsyaAllah aku akan cuba jaga kedai full time dan fikir strategik nak kembangkan business bapak aku. Tapi buat masa sekarang aku tolong je dulu.  Maka, aku pun mula la mencari dropship untuk cari duit lebih sementara ku godek business bapak aku jadi supermarket HAHAHA. Alhamdulillah dapat jadi ejen buku tapi tu la berniaga macam ni bukan untung hari-hari. Kat kedai bapak aku pun ade la tolong apa yang patut tapi masih belum dapat menjadikan aku seorang yang berjaya.

Jadi, sekarang plan aku nak kembangkan business bapak . Tapi masalah tak tahu macam mana nak mulakan. Pening kepala aku wehhh..

Aku minat berniaga, cuma rezeki belum menyebelahi aku. Tak nak blk KL dah cukup la pengalaman aku selama 5 tahun mengajar aku berdikari dan kenal tempat orang,  Mungkin bagi setengah orang 5 tahun apa je kan? Biar la apa orang kata tapi bagi aku dah cukup.

Sekarang aku kena fikir masa depan, alang-alang dah berhenti keje. Aku kena mulakan sesuatu macam mana nak kembangkan lagi business bapak aku supaya aku lebih berjaya. Aku tak nak orang kata aku bodoh , sebab apa yang aku buat ni .Tapi ini je cara untuk aku lari dari hidup yang lama.

Aku rasa cite ni macam dah panjang sangat pulak, ok lah perkara buruk yang berlaku dalam beberapa bulan ni aku cite kat entry lain lah ye, Dah panjang sangat ni korang bukan baca pun. Tapi tak pe blog aku bukan untuk dibaca , tapi ini caranya aku meluahkan perasaan aku.

OK lah aku nak tido esk cari ilham lagi...  

Nanti aku boleh update blog setiap hari memandangkan aku dah tak de keje HAHAHAHA....

Gambar sekadar hiasan 

Jan 10, 2015

Belajar Masak

Haaa buat malu je title ni....

ihsan: mr.google
Hari ni aku nak masak MEE SUP ekekeke. Sekarang masih kat ofis tapi buka pintu je terus pikir nak makan apa balik nanti. 2/3 hari ni takde rasa nak makan nasi. Berita bagus ni hahaha bole diet!!!!. Beria-ria kan aku cite nak masak, bukannya apa kalau korang nak tahu aku bukan la seorang yang rajin memasak kat umh bujang hehe. Housemate aku pulak jenis yang tak kisah dan kami biasanya buat hal masing-masing. Kalau salah sorang rajin nak masak so diorang masak je takde la beria-ria kami buat kenduri. Housemate aku ni bukan BFF aku tapi kami baik. Kami kenal pun dari sewa bilik tu je so takde la nak rapat2 sangat. Tapi Alhamdulillah sejak pertama kali jejak kaki di KL dari tahun 2009 sampai la sekarang 2015 dan dah tukar-tukar rumah, Allah bagi aku jumpa housemate yg sangat baik dan tak banyak kerenah. Tapi tahun ni 2015, aku buat keputusan untuk duduk sorang je. Hehe saje nak rilek dan tenangkan hati. Kalau tak hari-hari ngumpat. Al-Maklum lah salah sorang housemate aku tu agak tua sikit dr aku dlm 33 kot so dia pun agak stress jugak la sebab tak kawen lagi. 

Jadi untuk sedapkan hati kami selalu la ngumpat-ngumpat orang yang kawen awal hahaha. Padahal mana la kita bole halang kalau org tu nak kawen atau tak. Ada duit ke takde kalau dah sampai masa dia kita nak cakap apa. Tapi kami tak setuju la kalau takde duit atau tak stabil tapi nak kawen juga. Pastu bila duit tak cukup lastnya minta duit kawan-kawan nak beli susu anak. Hurmm...panjangnya cite aku, tapi itu la cite yang selalu aku dgr dr housemate sbb dia yang jadi mangsa bank buat pinjaman beli susu anak. 

Ok dah abis cite dia, aku nak masak ni. Haaaa kenapa sekarang rajin pulak nak masak?? Aku duk sorang ingat nak belajar masak yang sedap2. Setakat ni aku reti buat yang simple2 je so mulai hari ni aku nak jadi mcm chef wan campak je bahan dalam periuk terus jadi sedap hahaha. Kawen nak tapi masak tak pandai apa nih? huahuahua mungkn ni la salah satu penyebab kenapa Allah tundakan perkahwinan aku.

Minggu lepas aku buat sup ayam tapi hurmmm kureng la kesedapnya. Hurmm mungkn baha-bahan tak complete kot. Aku letak yang basic dan ade yang tak letak sebab tu rasenya kureng. So aku kena tingkatkan lagi prestasi memasak sup. PRACTICE MAKES PERFECT betul tak? Haaa lagi satu aku penah terbaca UAI penah cakap tak pandai masak takpe yang penting rajin masak. Kan???

ihsan: mr.google

Kena berubah banyak aku ni, keburukan lagi satu liat nk bangun pg uwaaaa. Malam tadi tgk cite CINTA ILAHI pastu ada bab dialog yang mak dia kata kat anaknya " kita ni kalau nk cr bini cr yang tak sayang tido" uwaaaaaa terasa beb !!! hahaha dah tu sape suruh perangai cam gini. Tapi bg aku normal la sekarang kan orang bekerja blk dah la lmbt. kol 2 pg baru nk tido pas kemas umah dll. Orang dulu2 bole la mana nye keje anak dara, Kol 10 dah tido esknya bole la bgn pg2 hahaha. Kita sekarang bukan nk fikir masak je, kat ofis byk keje, ade yg bwk keje smpi ke rumah, setiap bulan komitment pd kete, umh, ibubapa dan diri sendiri. Haaa tgk komitment dah mcm lelaki sbb tu sekarang tak boleh nk salahkn perempuan je. Amboi semangat aku back up kaum HAWA huhu. Sepatutnya tugas byr kete rumah brg2 umh ni lelaki je tapi sekarang mana ada. Tapi lelaki sekarang masih tak banyak berubah. Kaum HAWA buat 2 keje, lelaki 1 keje iaitu BEKERJA. Kesian kat kaum HAWA kan? dah la penah kat ofis blk2 je nk uruskan rumah. Kaum ADAM jgn la mcm ni tolong2 la apa yg patut K.

Adoiiii dah pjg plk bebel. OK lahhh nak siapkan keje sikit pastu nak balik masak yeaaaaa...

Jan 9, 2015

" NEGATIF" Deleted

Hari ni rasa sangat-sangat bersemangat. Akma tak tahu kenapa tapi semacam ada aura. Aura keje baru kot.

Perasan tak ada pengganti nama diri AKU -->> AKMA ecececehh. Tapi macam tak sesuai lak nk ganti rase geli geli je ganti Akma huhu. Memang lah namaku Akma tapi tak penah penah ada orang panggil manja gitu . Ok yang tu tak penting ,  yang penting ' mulai hari ini tahun ini 2015 aku nk lebih bersemangat dan buang segala sifat negatif dalam diri. Tak kisah la aku ni sape. Dah kawen ke belum kawen ke, keje banyak ke stress ke aku nak move on dan jangan kisah apa-apa. Permulaan tahun yang baru dan semangat yang baru harapnya berkekalan lah sampai bila-bila.

Ni entry pertama untuk tahun 2015. <<< tarik nafas arhhhhhhhhgg hembusss >>>>.

Alhamdulillah boleh lagi merasa nikmat hidup nikmat makan untuk tahun ini. Dua minggu sebelum new year , negara kita diuji dengan berbagai-bagai cabaran . Pantai timur yang dilanda banjir teruk, termasuk negeri kelahiranku KELATE yang paling teruk. Tapi bukan semua kawasan. Alhamdulillah kg halamanku selamat. LAGI kita d uji dengan Air Asia terhempas, yang sebelum2 tu MH370 dan MH17.

Takziah dan Al-Fatihah....

Semua dugaan ini adalah untuk kita semua yang hidup dan boleh melihat. Kalau kita boleh makan dan pakai pada hari ni cuba lihat mangsa banjir. Itu lah nikmat dan kesedaran yang ALLAH SWT dan tunjukkan. Jangan mengalah dan mengeluh dengan kehidupan ini. Kalau sebelum ni aku selalu sangat merintih bila nak kawen. Kenapa? seronok sangat ke kawen?

Bukan seronok tetapi kewajipan sbg umat islam memandangkan umur pun susah menjangkau 31 tahun , tahun ni GULPPPPPP!!!! Tapi kalau ALLAH tak izinkan macam ni lah..asyik pospone. Entry sebelum ni aku ada cakap plan nk kawen, aku benci sebab takde plan nak kawen. Tapi ALLAH SWT lagi maha mengetahui. Betul la apa aku cakap, plan yang nak bulan 3 tu memang tak jadi. Tapi bukan la tak jadi cuma pospone ke bulan 6 atau 7.

Aku tak tahu nak salahkan sape. Kalau nak salahkan BF aku 100% pun tak boleh. Ini semua bermula dari hati dan ALLAH yang menggerakkan hati dia. Duit ada ke takde, keje ade ke takde kalau dah sampai masanya akan jadi jugak. Keje siang malam pagi petang kalau ALLAH tak gerakkan hati dia untuk buat cepat maka gini la jadinya.

Ye memang betul salah satu sebab ialah DUIT. Tapi adik aku kawen dulu pun tak cukup duit gak dan Alhamdulillah dah selamat pun tanpa buat loan lagi. Itu lah namanya REZEKI. Permulaan tahun baru ni aku tak nak lagi berharap kawen. Kalau dah plan takpe la kita akan cuba, kalau yang di pospone tu pun tak jadi maka berserah saja hanya pada ALLAH SWT. Yang penting sekarang aku nak mulakan hidup dengan lebih tenang dan semangat. Al-maklum lah lagi 1 minggu nak mula keje kat tempat baru.

Aku nak buang segala sifat-sifat buruk, InsyaAllah...
Entry yang sebelum ni yang banyak mencarut pun aku dah delete. Ini lah bagusnya kalau buat jahat hanya di hujung jari. Boleh delete kan senang. Betul la kata pepatah " cakap yang baik-baik Insyaallah akan baik2 saja".

Doakan aku...SELAMAT TAHUN BARU 2015 :)