Aug 26, 2015

Berhenti Kerja

Assalamualaikum semua penghuni alam...

Lama sungguh bertapa hampir 7 bulan tak update blog. Al-maklum lah banyak perkara yang berlaku sepanjang beberapa bulan ni. Ada perkara baik dan juga buruk. Hurm..dari mana nak mula ye?..

Apa kata kita bermula pada perkara "berhenti keje". Bagi aku ini perkara baik sebab aku da lama tunggu peluang ni. OK sebelum tu aku aku penah cite pasal ni Belajar Masak . Bukan main seronok kan aku nak keje tempat baru. Haaa klu korang nak tahu ni jadinya kat tempat baru. Sila baca....Pas aku dapat keje baru tak sampai 2 bulan aku da tension. Alahai susahnya nak keje baru ni. Aku tak nak bercerita panjang pasal ape keje baru tak best. Dah memang perangai aku kot susah nak bekerja dengan orang. Aduiii duu du du du kalau tak kerja nak makan apa? Aku pun cuba menjobstreet lagi. Keje yang aku tak suka ni bertahan jugak la 4 bulan. Cari punya cari jumpa satu ni.

Di pendek cerita yang ni lagi aku tak suka. Aduiiiii sakit jiwa makk!!!

Yang ni bertahan 1 bulan je..Sebelum aku berhenti macam ni lak citenya...Sila baca.....

Akhirnya aku dah tak tahu macam mana nak wat. Aku pun berdoa kat Allah SWT supaya lapangkan hati dan jiwa aku. Tunjukkan jalan dalam masalah aku ni. Hurmm korang jangan tak percaya, Allah makbul kan permintaan aku. Aku sangat-sangat yakin Allah dengar apa aku minta. Korang tahu tak apa benda? Mak aku suruh balik kg tolong ayah aku. Kami bukan lah orang senang pun cuma bapak aku ada kedai runcit. So, Alhamdulillah setakat nak beli itu dan ini boleh lah hasil dari perniagaan bapak aku ni. Haaaaaa doa ni memang Allah pemudahkan tak semudah doa aku nak kawen :(. Ok takpe mesti ada hikmah nape aku tak kawen lagi. Okeyy sambung lagi...Punya la happy gila bila mak aku cakap berhenti la keje blk kg , tolong ayah apa yang patut kebetulan masa ni bulan puasa so memang penat la bapak sorang je yang meniaga, Mak aku pulak busy jaga cucu. Haaa ni satu kes lagi, adik aku yang kawen dulu dah bersalin , pastu tak nak letak kat nursery dia suruh mak aku jaga. Aduiiii susah nak cakap la benda macam ni. Kalau ikut hati memang aku tak kasi mak aku jaga.Yer la , setiap hari busy ngan kedai. Bila dah mak aku jaga  cucu bapak aku sorang je meniaga memang kesian...So akhirnya aku balik kg dengan happy nye...

TAPI walau dah selesai masalah tension keje , ada lagi masalah lain. Duk kg kalau tak keje mana nak datang duit? HAHAHA...katanya tolong ayah tapi bukan makan gaji pun, Setakat nak beli benda yang bukan -bukan memang tak lah aku. Sekadar bayar kete, makan minum je lepas. Aku tak sampai hati nak minta gaji, kalau aku memang full time ok gak tapi aku tolong apa yang patut je. InsyaAllah aku akan cuba jaga kedai full time dan fikir strategik nak kembangkan business bapak aku. Tapi buat masa sekarang aku tolong je dulu.  Maka, aku pun mula la mencari dropship untuk cari duit lebih sementara ku godek business bapak aku jadi supermarket HAHAHA. Alhamdulillah dapat jadi ejen buku tapi tu la berniaga macam ni bukan untung hari-hari. Kat kedai bapak aku pun ade la tolong apa yang patut tapi masih belum dapat menjadikan aku seorang yang berjaya.

Jadi, sekarang plan aku nak kembangkan business bapak . Tapi masalah tak tahu macam mana nak mulakan. Pening kepala aku wehhh..

Aku minat berniaga, cuma rezeki belum menyebelahi aku. Tak nak blk KL dah cukup la pengalaman aku selama 5 tahun mengajar aku berdikari dan kenal tempat orang,  Mungkin bagi setengah orang 5 tahun apa je kan? Biar la apa orang kata tapi bagi aku dah cukup.

Sekarang aku kena fikir masa depan, alang-alang dah berhenti keje. Aku kena mulakan sesuatu macam mana nak kembangkan lagi business bapak aku supaya aku lebih berjaya. Aku tak nak orang kata aku bodoh , sebab apa yang aku buat ni .Tapi ini je cara untuk aku lari dari hidup yang lama.

Aku rasa cite ni macam dah panjang sangat pulak, ok lah perkara buruk yang berlaku dalam beberapa bulan ni aku cite kat entry lain lah ye, Dah panjang sangat ni korang bukan baca pun. Tapi tak pe blog aku bukan untuk dibaca , tapi ini caranya aku meluahkan perasaan aku.

OK lah aku nak tido esk cari ilham lagi...  

Nanti aku boleh update blog setiap hari memandangkan aku dah tak de keje HAHAHAHA....

Gambar sekadar hiasan