Sep 5, 2014

Salah Dia

Dalam entry sebelum ni, aku asyik cakap aku yang kena berubah tapi dia tak penah salah ke?
gambar sekadar hiasan

Okey..kalau ikut aturan yang betul mesti la keduanya perlu bersedia untuk berubah. Tapi ada ketika kalau dapat lelaki yg MR.ARROGANT ni mmg payah sikit (ego dia lebih). Jadi, tak salah kita (perempuan) yang mulakan dulu. Bila dia lihat perubahan kita secara automatiknya dia juga akan cuba.

Jadi jgn la risau , berubah untuk kebaikan bukan kepada keburukan. Soal dia boleh berubah atau tidak itu kita serahkan pd Yang Maha Mendengar. Yang penting kita sudah berdoa dan berusaha untuk menjadi yang terbaik yang lain serahkan kpd Allah SWT.

Pasangkan niat yang baik untuk kehidupan yang lebih baik. Sape dalam dunia ni nak hidup merana. Jadi kenalah sentiasa cuba menjadi yang terbaik. Mana perangai buruk tu tinggalkan.

Aku tak kata BF aku tu perfect. Dia memang ego tapi baik hati kalau kena gayanya. Kalau asyik nak lawan cakap dia memang tak kan aman la rumah tangga aku. Yang mana kita rase boleh tolak ansur mengalah je la. Biasa lelaki ni dia nak tunjuk dia berkuasa. Okeyy kalau berkuasa pada waktunya boleh d terima. Kalau berkuasa utk pukul-pukul bini kelaut la bang oiiii.

Susah juga nak explain panjang lebar ni lain orang lain gayanya. Semuanya bergantung kepada kehidupan masing-masing. Macam aku pulak, setakat hari ni aku masih boleh tima kekurangan dia . Aku harap sampai bila-bila pun aku boleh tima la (harapnya dia pun begitu juga).

Kita boleh merubah keadaan itu menjadi apa yang kita mahu. Kalau kita tak mahu pun kita masih boleh memilih jalan lain.

Hidup ini adalah PILIHAN.



Jom la kita sama-sama berubah kpd kebaikan :)

No comments:

Post a Comment