Jun 11, 2014

The Power of Positive Thinking



Alhamdulillah...Hari berganti hari...Sebelum ni aku banyak bersedih dan hampir setiap hari termenung mengenangkan kehidupan yang tiada kesudahan. Tetiba aku tersedar, hakikatnya kehidupan ini adalah SATU PELAJARAN. 



Hidup bukan selalunya CERAH adakala GELAP dan MENDUNG. Jika mendung cuba-cuba lah MUHASABAH DIRI. Jika masih tiada harapan cubalah BERFIKIRAN POSITIF. Ini yang aku cuba amalkan semenjak dua menjak ni . Dan aku belajar supaya TIDAK mengharapkan MANUSIA tapi berserah dan berdoalah kepada ALLAH SWT.

..insyaAllah ada jalannya.

Kalau korang rasa tak boleh buat benda sorang-sorang, mulai SEKARANG!! cuba lah berdikari . Serius korang akan rasa lebih senang dan tenang . Berdikari bukan kerana takde BF/SUAMI . Maksud aku kalau masih berBF/berSUAMI pun cuba lah buat perkara tanpa mengharapkan SUAMI/BF kerana jika bantuan yang diminta tidak kesampaian anda tidak akan berasa terlalu KUCIWA. Ini betul !!!!

Cth lah kan, satu hari korang dah janji nak g soping nga BF. Lastnya dia tak dapat datang atas sebab yang kita tak tahu. So kita ni xyah la nk meroyan nk merajuk ke apa sebabnya buang masa. Kalau dia tak dapat datang just OKEY kan aja fikir positif dan pergi sendiri. Habis citer!


Kalau korang marah-marah, meroyan so sape yang stress?? korang juga... dan lebih mengeciwakan JIKA bergaduh hingga minta PUTUS !!!! HAHAHAHA...aku pernah mengalaminya . Rasa buang masa bergaduh benda bodoh. So i learn sumthing from this. "JANGAN MENGHARAPKAN MANUSIA, BERHARAP HANYA PD ALLAH SWT". Belajar bersabar dan belajar berdikari. Kalau asyik berharap pd orang alamatnya sentiasa rase tak puas ati, asyik nk marah2, hati pun tak tenang . 


Ini hanya 1 contoh yang paling simple. Lagi 1 contoh kalau BF korang main kayu tiga , fikir positif juga tak yah nk melenting. Cuba korang fikir positif, kalau dengan korang dia bole buat mcm tu, so dengan perempuan tu pun dia bole buat juga, HAHAHA so fikir positif bt keputusan tinggalkan dia . Jangan nak buang masa mengamuk ke apa. Ini hanya lah contoh , mungkn bole bawak bincang tapi tengok lah keadaan yang macam mana OKEYYY . 


Situasi aku pulak : 


Aku cuba cuba dan cuba berfikiran positif diatas semua yang berlaku dan Alhamdulillah hidup aku lebih baik dari sebelum ini. Dulu selalu mengharapkn bantuan dr org. Kalau takde teman rase tak bole buat itu dan ini. ITU DULU, SEKARANG TIDAK LAGI...itu lah pelajaran untuk aku. ( Positif positif juga terkadang air mata jatuh berderai tak dapat menahan kuatnya ujian (-_-)Walaupun masih tak dapat seperti yang diharapkan tapi Alhamdulillah aku bersyukur atas apa yang Allah bagi setakat ni.


Yang penting mesti FIKIR POSITIF dan SENTIASA BERDOA :) baru lah HIDUP sentiasa CERIA dan HAPPY !!!!



No comments:

Post a Comment