May 15, 2009

Sultan Kelantan kini stabil


Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, yang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini, kini berada dalam keadaan stabil.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, pada sidang media ringkas di perkarangan hospital itu, berkata baginda dimasukkan ke hospital berkenaan petang semalam.
"Keadaan baginda stabil.

Saya ambil kesempatan ini memohon kepada rakyat terutama rakyat Kelantan berdoa supaya baginda cepat sembuh," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan menjawab sebarang soalan daripada pemberita.
Selain kerabat diraja, pemimpin kerajaan dan pembesar negara turut melawat baginda di hospital berkenaan. - Bernama

Sumber : BeritaHARIAN

No comments:

Post a Comment