May 7, 2009

Penjelasan Tentang Temuduga Terbuka (KPM)..

Ramai yang keliru mengenai iklan Temuduga Terbuka di Kementerian Pelajaran (KPM) yang disiarkan baru-baru ini.

Untuk makluman semua, iklan tersebut adalah dua iklan yang berbeza. Temuduga terbuka di Putrajaya adalah untuk kekosongan di KPM Putrajaya. Sementara temuduga di negeri-negeri adalah untuk kekosongan di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masing-masing.

Guru Siswazah Kontrak hanya terdapat di JPN negeri-negeri sementara jawatan Pegawai Tadbir Kontrak, Penolong Pegawai Tadbir Kontrak & Pembantu Tadbir Kontrak ada di Putrajaya dan juga negeri masing-masing. Sila rujuk tarikh, masa dan tempat seperti dinyatakan sebelum ini.

Harap maklum.

No comments:

Post a Comment