Oct 26, 2009

Ini ada satu KISAH

Seorang wanita Cina mempunyai 2 bekas pasu air yang di gantung di setiap penjuru galah yang dibawanya. Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit, sementara pasu yang lagi satu masih elok dan selalu dpt mengisi air dgn penuh.

Pada akhir perjalanan yang jauh dr sungai ke rumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dpt sampai dgn separuh penuh air sahaja. Keadaan ini berlaku setiap hari selama 2 tahun, wanita tua itu hanya dpt membawa satu setgh pasu air sahaja.

Semestinya,pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapaiannya. Disebaliknya,pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya, dan berasa sedih krn ia hanya mampu membawa separuh air drpd sepatutnya.

Setelah 2 tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak tersebut berbual dengan wanita tua itu de tepi sungai..

"Aku rasa sgt malu dgn diriku,kerana diriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah disepanjang perjalanan kerumahmu".

Wanita tua itu tersenyum," Sedarkah kamu akan bunga-bunga dibahagian laluan kamu, tetapi tidak di laluan pasu yang lagi satu?"

"Itu kerana aku selalu menyedari kekurangan dirimu, oleh itu aku tlh menyemai benih-benih bunga di bahagian laluan kamu. Setiap hari apabila kita pulang dr sungai, tanpa kamu sedari, kamu telah menyiram benih-benih bunga itu."

"Selama 2 tahun, aku berpeluang utk memetik bunga-bunga yang cantik ini utk menghiasi meja."

"Sekiranya kamu tidak menjadi dirimu sendiri, mungkin tiada keindahan sebegini dirumah ini."

Setiap kita mempunyai kekurangan yang tersendiri...
Tetapi, keretakan dan kekurangan kita itulah yang menjadikan perkongsian hidup kita sgt menarik dan bermanfaat.
Anda perlu menerima setiap manusia seadanya dan melihat kebaikan didalam diri mereka..

No comments:

Post a Comment