Aug 27, 2016

Sangka Baik

sumber : google
Alhamdulillah syukur masih bernafas lagi :)

4 bulan berlalu selepas entry sebelumnya, lama tak update takde idea dan jiwa masih dalam kelemasan kikiki.

Jiwa dalam kelemasan kerna banyak faktor selain putus cinta sedang mencari kerja al kisahnya. Aduiii penat benor memikirkan macam mana untuk teruskan hidup ni. Alang-alang dah berhenti kerja, aku ingat nak kerja sendiri lah "kononnya". Tapi susah weiii nak maintain dengan komitment kereta setiap bulan. Tapi Alhamdulillah masih boleh bertahan .

Macam mana pun masih struggle lagi untuk growth bak kata orang business. Makanya, banyak lagi lah cabarananya. Panjang pulak intro ni, post kali ni bukan nak cite pasal kerja aku, tapi tentang SANGKA BAIK. Ada 2 kisah yang berbeza tapi pointnya pada kematian dan sangka baik.

Orang kita kebanyakan lah termasuk aku jugak mudah dan cepat bersangka buruk dan salahkan orang atas sebab kerosakan diri kita atau kelemahan kita. Kan lebih baik bersangka baik Allah pun sayang. Kisah yang akan aku ceritakan ini satu petikan dari FB dan lagi 1 kisah benar berlaku pada sepupu aku ( kisah kawan dia ) .

Agak menarik dan sangat bertauladan bagi aku, harap harap korang yang baca pun akan terkesan jugak. Aku tak pandai nak mengolah cerita jadi cerita ni ikut suka sukatan aku je la ya.

Begini kisahnya...

Kisah 1 (Hasil perkongsian FB)

KISAH AHLI IBADAH MASUK NERAKA DAN AHLI MAKSIAT MASUK SYURGA (copy tajuk dari FB)

Cerita aku simpulkan sendiri ikut pemahanan sendiri ya. Penulisan sebenar memang bukan dari aku risau dikecam pula hehe. Terbaca dari FB penulisan Cikgu Uztaz Yeo yang dikongsi rakan FB .

Dipendekkan cerita , Ahli ibadah ini mudahnya MENGHUKUM kepada Ahli Maksiat ini dengan berkata ,"Demi ALLAH, dosamu tidak akan diampuni oleh Nya dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah."

Pada hari kematian mereka, Ahli Ibadah tu yang dimasukkan ke neraka dan ahli maksiat pula ke syurga. Aikkkk pelik bukan sedangkan dia ahli ibadah.

Allah s.w.t berkata ," Adakah kamu lebih mengetahui daripada Ku? atau adakah kamu dapat mengetahui apa yang telah berada dalam kekuasaan Ku?" <<< SIAPA KITA UNTUK MENGHUKUM MANUSIA ATAS KESALAHAN YANG DILAKUKAN. ADAKAH KITA LEBIH MENGETAHUI DARI ALLAH YANG LEBIH AGUNG YANG MAHA MENGETAHUI DILANGIT DAN DIBUMI?.

Kisah 2 (Pengalaman saudara terdekat kisah benar)

KISAH KEMATIAN GADIS BERUSIA 23 TAHUN PENUH KEBAIKAN DAN DIA BUKAN LAH SEORANG USTAZAH HANYA WANITA BIASA.

2015 DISEMBER ,sepupu aku (perempuan) dikejutkan dengan keadaan housemate dan juga rakan seperjuangannya yang jatuh sakit dan dimasukkan ke wad. Sedikit info dan latar belakang sepupu aku dan rakannya. Mereka berdua belajar di Mesir dan akan tamat pengajian InshaAllah awal tahun depan (Januari 2017) .

Berbalik kepada hari kejadian ( di Mesir ), dia disahkan mengalami SLE (sakit saraf). Takdir Allah dia tak sedarkan diri dan dimasukkan ke hospital pada waktu pagi dan pada jam lebih kurang 4 ptg dia menghembuskan nafas terakhir. Selepas kematian, ada kejadian yang mungkin pelik atau lebih kepada kebesaran Allah bagi aku.

Selepas kematian, dalam kelas pada waktu jam 8 – 9 pagi ada rakan terdengar alunan suara perempuan mengaji Al-Quran ( bukan semua hanya rakan terdekat yang dengar, tepat jam 9 pg terus senyap) . Dikabarkan suara itu adalah suara arwah .

Di rumah sewa, rakan serumah pernah dengar suara orang mengaji Al-Quran didalam bilik yang pernah didiami arwah. Walaupun kedengaran agak takut tapi setelah mendapat pencerahan dari Ustaz, boleh jadi Qarinnya( nak tahu qarin google lah) merindukan arwah, tiada unsur mistik .

Semasa memandikan jenazah, saudara aku salah seorang yang memangku arwah semasa memandikan. Walaupun selepas 3 hari, jenazah masih lagi berpeluh. Menurut ustazah yang hadir sama, tanda berpeluh menunjukkan jenazah arwah dalam keadaan baik dan dijaga ( tak pasti istilahnya baik dan dijaga mungkin xbau dll mungkin ).

Semasa hari pengebumian ( di Terengganu) , ada bau wangi ( wangi macam mana tak pasti, hanya mengikut penceritaan orang orang terdekat). Dan, sanak saudara yang hadir menziarah juga agak luar biasa kerana arwah bukan lah orang kenamaan dan hanya seorang gadis biasa yang berusia 23 tahun.

Aku bertanya kepada sepupu aku, Apakah amalan yang arwah selalu buat? Dia selalu baca Quran ke? Dia seorang yang alim ke?

TIADA jawab sepupu aku. Arwah hanya gadis biasa, ada baca Quran tapi normal lah bukannya tahap alim ulamak. Pernah juga bercinta dan kemudian berpisah. Dia lebih bersedih dan menangis atas perpisahan itu dari sakit yang dia alami .Dia gadis normal yang bukan bertudung labuh hanya bershawl macam kita kita aja . TAPI, dia tidak marah dan bersangka baik dengan segala dugaan yang menimpa. Dia tidak menyalahkan BF yang tinggalkan dia malah dia muhasabah diri mungkin ada sesuatu yang kita tidak tahu tapi Allah tahu. Aku pulak yang sentap hehe.

Selepas berpisah dengan BF, memang dia sedih yang amat lagi lagi dapat tahu BFnya dah berkahwin dengan orang lain. Tapi, dia tak pernah marah malah redha dan sedar dia mungkin tak mampu untuk membahagiakan BF dia satu hari nanti akibat sakit yang dialami .

Disini, aku nak pointkan kehidupan dia. Diat redha, sabar dan tak pernah merungut sakit walaupun hakikat sebenar dia akan terasa sakit dan lemah tidak berdaya pada waktu tertentu. Pernah satu hari, dia kata. “ Boleh tak saya nak balik kampung ( Terengganu) saya betul betul tak larat dah ni. Tapi dinasihatkan kawan-kawan supaya sabar .( masa tu dia masih nampak sihat dan boleh belajar ).

Dan difahamkan dalam kehidupannya, dia lebih banyak BERSANGKA BAIK pada setiap apa yang berlaku. Tak pernah burukkan orang lain. Hidup tenang walaupun ada ujian dan cabaran.



Alhamdulillah, berakhir sudah penceritaan . Kesimpulannya, kedua-dua kisah menggambarkan , kita tak kan pernah tahu siapakah orang orang didepan kita. Walaupun dia nampak macam ahli ibadah, ahli maksiat atau hanya manusia biasa sedangkan Allah swt lebih tahu dan yang akan nilai siapa kita. Pengajarannya, jangan cepat menghukum manusia atas kesilapannya. Kalau kita ahli ibadah nasihatkan dia bukan menghukum.

Kalau tengok dia pakai seksi pergi la nasihat dan tutup aib dia, tu tugas kita sesama saudara . Siapa la kita nak hukum dan hina dia .

Tamat dah alkisah, best juga menulis kahkahkah :p 

Jadi kawan kawanku semua mari la kita belajar bersangka baik walaupun pahit getir cabaran hidup ini kerana Allah itu tetap ada hanya Dia la sebaik baik perancang.

Apr 1, 2016

Menaip

Al-kisah banyak betul rasanya nak bercerita kat orang tentang apa yang berlaku pd aku ni. Bukan nak aibkan diri sdri tapi sekadar nak meluahkan apa yang terpendam.

Diari...bagus jugak kalau ada diary kan? orang kata kalau tak bole nk meluahkan pada manusia cari pen dan kertas tulis je apa yang terpendam pastu buang kertas tu. Urmm boleh jugak tu..

Tapi aku ikut mood, kadang-kadang aku menanges je. Aku cari kawan yang boleh mendengar je kalau dia xnk nasihat pn takpe sekadar mendengar . Ya , ada lah jugak kawan yg melayan tapi tak semua la. Apa-apa pun terima kasih kat kawan aku tu. Bila dah bercerita rasa tenang kejap. Tapi kejap ye pastu muncul balik benda-benda karut kat dalam kepala ni.

Jadi, malam tadi aku cuba tulis diari. Boleh tahan jugak, rasa tenang, Tapi aku tak buang apa yang aku tulis tu. Aku fikir selepas 10 tahun aku nak baca balik pastu baru buang. hehehe..
Ni pulak gatal nak menaip, nak meluahkan konon...

Takde apa pun nak meluahkan cuma nak cari "teman" berborak...

Aku percaya dan yakin setiap apa yang berlaku pada aku hari ini ada hikmahnya cuma belum nampak (pujuk hati). Kenapa? banyak yang perlu aku syukuri. Aku sebenarnya sudah "diselamatkan" bukan nya Allah tak sayang kan? kenapa aku kata mcm tu? sebab apa yang aku doakan bukan apa yang aku nak tapi Allah bg apa yang aku perlukan.

Kasih sayang, bahagia, dan ada lagi la yang tak boleh disebut-sebut..Betul, kalau sebelum ni pun aku memang menanges bila ada BF, tapi kesudahannya TIADA KESUDAHAN jugak...

Mungkin lepas ni Allah temukan aku dengan orang yang akan MENYUDAHAKAN kisah aku ni (pujuk hati lagi). Tapi samada lambat atau cepat je tapi boleh kah aku SINGLE ? dah lama tak hidup single ;(.

Sekarang tengah mencuba delete satu satu kisah yang dulu. Aku memang nak mulakan hidup baru tapi aku tak tahu bagaimana. Kekuatan yang aku ada ni kerana IBUBAPA. Bila tgk muka diaorang sedih je hati aku. Aku bukan anak yang baik :( tapi InsyaAllah aku akan cuba gembirakan hati kedua nya. Bagaimana? aku pun tak tahu ...yang aku tahu aku mesti teruskan perjalanan ni samada baik atau tidak biar Allah saja yang tentukan.

Aku nak taip banyak lagi tapi mood tiba-tiba takde. Panas pulak bilik aku ni....

OK la nanti sembang lagi..

Doakan aku bahagia ya;)
sumber : google

Feb 20, 2016

Beli BUKU Baca BUKU Jual BUKU

Apa Kabar anda semua?

saya Alhamdulillah sihat masih teguh berdiri disini...

Hari ni nak bercerita dunia aku lepas pulang ke kampung. Buat masa sekarang tak kerja tetap. Tolong ayah berniaga sikit dan aku jadi ejen. Bukan ejen khas FBI. Ejen buku je hehehe.

Antara kategori buku :

Novel | Kekeluargaan | Perniagaan | Motivasi | Islam | AlQuran |

kenapa buku? ada beberapa sebab kenapa aku pilih buku sedangkan berpusu-pusu rakyat jelata pilih berniaga tudung/ baju.

Buku menenangkan jiwa aku. Dalam masa sama aku bole diskaun jugak hehe. Aku baca buku motivasi dan umum hilangkan segala masalah.

kenapa buku? lagi kerana buku sifatnya senyap /diam/ sunyi dan aman. Aku bahagia dan tenang bila baca buku. Kadang-kadang tu bukan faham pun apa yg dibaca. Tapi bila dah start baca serta merta keadaan jadi sunyi.


Ada orang suka cite masalah dia kat kawan. Tapi sebab aku rasa tak siapa akan faham aku jadi aku pilih untuk cari ketenangan melalui buku. Dalam masa sama, aku jual la jugak alang-alang kan heheh. Kalau tak mampu beli yg mahal, beli je buku yang murah kurang RM20. Buku bole simpan sampai ke anak cucu kalau pandai jaga.

Ada orang cakap, buat apa susah-susah beli buku? banyak je article kat internet. Google print simpan kan jimat. Memang la jimat, kos ink dan brapa . pastu print tak secantik buku. Takde mood nk baca hehe. Buku bole simpan elok-elok yang print biasa nye buang je nanti .

Buku yang kat sebelah kiri kanan ni contoh buku yang aku jual dan baca . Alhamdulillah sikit-sikit aku bole redha dengan apa yang berlaku kat aku.

Melupakan tak semudah memaafkan.

Aku pun tak nak bermusuh dengan manusia. Tapi bila disakiti susah jugak nak melupakan. Dah bole move on ni kira Terbaik dah aku ni hehe. Kat mana ya kekuatan aku dapat ni? tak tahu nak cakap. Banyakkan istigfar, baca buku yang memuhasabahkan diri, paling penting UTAMAKAN mak ayah.

Kalau kau seksa diri untuk orang yang tak hargai kau kesian lah kat mak ayah. Hiduplah bukan untuk manusia yg bukan darah daging tapi HIDUP UTK MAK AYAH okey!!!!

Jom like FB page : ejenbukuonline :)

Sama-sama membaca, muhasabah diri. :)